My Followers

Emas simpanan sebenar sebagai harta



EMAS logam berharga menjadi simbol kepada kekuasaan, kemewahan dan kebebasan. Bersandarkan faktor itu, emas amat berharga di dunia, mempunyai nilai intrinsik dan nilai paling kukuh meskipun berdepan dengan apa juga situasi tidak menentu termasuk krisis ekonomi.

Emas juga dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu kala ini.

Sifat emas itu sendiri yang sukar ditemui dan tidak boleh dicipta oleh manusia menjadikan ia amat sesuai dijadikan sandaran nilai bagi sesuatu. Justeru ia sukar untuk dimanipulasi atau untuk tujuan spekulasi.

Krisis ekonomi global hari ini mendorong nilai emas meningkat kerana emas adalah aset yang kalis inflasi. Manakala menyimpan wang kertas seseorang itu akan mengalami kerugian kerana wang kertas mempunyai susut nilai disebabkan inflasi.

Masalah utama yang menghalang membeli dan menyimpan emas, adalah kekangan kemampuan untuk membeli kerana harga emas sentiasa naik dari sehari ke sehari. Jika dilihat lima tahun lalu, harga emas 916 ketika itu sekitar RM71/gram saja berbanding sekarang, ia mencecah RM190/gram (hampir 3X ganda), dalam masa 5 tahun saja, harga emas meningkat dengan begitu tinggi, malah lebih tinggi dari kenaikan gaji sesetengah kita.

Ini menyebabkan kemampuan beli kita pula semakin menurun terutama mereka yang tiada kenaikan gaji sejak 2007.

Serambi Emas menganjurkan satu cara pembelian mudah iaitu pembeli hanya membayar 35% saja daripada harga emas dan baki 65% melalui kemudahan Ar Rahnu. Cara ini dipraktikkan kerana dapat menambah nilai pemilikan emas atau nilai emas dapat digandakan dengan kos modal yang minimum. Ia terbukti lebih menguntungkan kepada pembeli apabila dapat membeli emas fizikal pada harga rendah dan bayaran dijelaskan secara ansuran

Di samping itu Serambi Emas menggalakkan pembeli menyertai program simpanan emas selama 5 tahun dengan permulaan sekeping jongkong emas (50g atau 100g) untuk tahun pertama. Pembeli yang tekun mengikuti program ini akan mampu memiliki sekitar 21 ke 81 emas jongkong berdasarkan komitmen mereka. Jangkaan keuntungan yang akan diperoleh pada setiap kenaikan harga ialah 25% setahun. Selepas 5 tahun, pemilik mampu memperoleh keuntungan kenaikan harga sekitar RM200,000 secara kasarnya walaupun setelah ditolak upah simpan.

Untuk lebih memudahkan bakal pembeli, taklimat secara percuma mengenai kempen simpanan emas fizikal sebagai harta akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan taklimat diadakan dua kali iaitu pada jam 10.30 pagi dan 3 petang. Sebarang kemusykilan boleh diajukan terus ketika ini.

Simpanan emas adalah satu bentuk pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur. Ia adalah simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana saja pada bila-bila masa. Bagi urusan jual-beli, penyimpan sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.

Serambi Emas menawarkan perkhidmatan yang bukan saja menjual emas fizikal tetapi turut menyediakan khidmat nasihat mengenai cara untuk memaksimumkan pulangan keuntungan melalui pembelian emas jongkong ini. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian tahap ketulenan emas yang dimiliki pelanggan yang jarang sekali disediakan oleh mana-mana syarikat lain. Simpanan emas adalah simpanan sebenar iaitu simpanan untuk masa hadapan.

Sebarang maklumat lebih lanjut mengenai kempen pemilikan emas melalui Serambi Emas, anda boleh menghubungi talian di bawah:

Ibu pejabat : 03-4252 8808

Rosman : 012-379 8284

Niezam : 012-337 6803

Sakry : 017-825 9891

Cik Mas : 013-264 9493

Latifah : 019-700 0401

Aqilah : 012-979 5923

Hassan : 019-625 1088

Linda : 019-962 0727

Cik Puteri : 010-892 6495

Cik Gaia : 010-961 5658

Azwan : 017-297 9721

Mastura : 017-321 3224

INFO:

1. Ogos 2011 - Harga emas naik ke paras tertinggi kepada AS$1,814 (RM5,442) per troy ounces.

2. Ar Rahnu memberi kemudahan pembiayaan berlandaskan syariah tanpa terbabit dengan riba.

3. Penyimpan emas yang komited dengan program 5 tahun bakal menerima imbuhan yang lumayan atas usaha gigih mereka

4. Serambi Emas memiliki dan menjual emas jenamanya sendiri bersaiz 50g dan menjadikan LOGAM MULIA (LM) sebagai pengeluar berstatus "London Good Delivery"

5. Serambi Emas memberikan khidmat nasihat pengurusan emas sebagai aset secara percuma bagaimana menjana keuntungan dari simpanan emas dan peluang perniagaan serta kerjaya.

Sumber: Berita Harian - Fri, Aug 19, 2011 - 1Klassifieds
Post a Comment