Sunday, July 10, 2011

Langkah untuk menurunkan kandungan kolesterol


AMALKAN langkah-langkah ini untuk menurunkan risiko anda terhadap kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah.

1 Makan makanan yang sihat untuk jantung, seperti:

* Susu skim atau susu 1% lemak

* Yogurt rendah lemak

* Keju rendah atau tanpa lemak

* Ikan

* Ayam dan ayam belanda tanpa kulit

* Daging yang dipotong nipis

* Bijirin, pasta dan kekacang

* Jagung, roti

* Sayur-sayuran dan buah-buahan

2 Kurangkan pengambilan makanan-makanan berikut:

* Marjerin dan minyak

* Nangka, cempedak, langsat, pisang, anggur dan air kelapa

* Kacang tanah

3 Elakkan mengambil makanan ini:

* Susu penuh krim

* Krim dan ais krim

* Keju tinggi lemak

* Mentega

* Lemak daging

* Sosej, hot dog, bologna

* Organ dalaman haiwan seperti hati dan pedal

* Kuning telur

* Santan kelapa dan lemak haiwan

4 Pilih aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga anda seperti:

* Berjalan

* Senamrobik

* Berkebun

* Menari

* Bersukan

* Bermain lompat tali

5 Sasarkan berat badan unggul anda. Ambil langkah-langkah yang dapat menurunkan berat badan anda jika terlebih berat badan. Cuba turunkan berat badan secara perlahan-lahan.

Cuba amalkan cara-cara berikut:

* Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori

* Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit

* Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek

* Bakar, rebus dan panggang makanan anda

* Lakukan aktiviti fizikal setiap hari

Sumber: Berita Harian - Wed, Jun 22, 2011 - 1Klassifieds

No comments: