My Followers

Info alam sekitar - tahukah anda?

1 KESAN Rumah Hijau berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

2 Kempen Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF), ia dilaksanakan dengan mematikan semua lampu dan peralatan elektrik selama satu jam, bertujuan untuk mengurangkan pembebasan karbon ke udara sekali gus mengurangkan pemanasan global.

3 Beg Plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia.

4 Mod Sedia Di Peralatan Elektrik seperti lampu neon hijau, merah dan kerlipan perkataan akan kelihatan pada televisyen, pemain video, stereo, komputer dan lain-lain peralatan elektrik. Mod sedia adalah petunjuk kepada pembaziran elektrik kerana penggunaan mod sedia boleh mengurangkan sehingga 100kW jam setahun iaitu lebih kurang RM22/tahun. Bagi penggunaan elektrik dengan cekap, pastikan kesemua suis peralatan elektrik ditutup.

5 Kitar Semula Dapat Menyelamatkan Hutan. Ini kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

6 Mentol. Jika enam juta rumah menggantikan 100W mentol bulat atau tungsten kepada lampu neon atau lampu uorescent kompak 20W, ia akan menyebabkan penjimatan elektrik yang mencecah hampir 1.56billion kW/j, iaitu bersamaan dengan penjimatan sebanyak hampir RM615 juta setahun!

7 `Screen Savers' Di Komputer. la hanya membazirkan tenaga. Kebanyakan komputer menggunakan dua kali ganda tenaga elektrik untuk menyalakan skrin berbanding tenaga yang digunakan untuk proses dalaman. Tujuan utama "screen savers' diwujudkan adalah untuk mengelakkan skrin daripada terbakar oleh imej yang konstan, namun tidak diperlukan lagi pada zaman serba moden ini. Jika anda ingin menjimatkan tenaga, anda jimatkan penggunaan elektrik boleh menetapkan screen saver' kepada "tiada' atau" skrin kosong'.

8 Label Penjimatan. Rujuk label pengelasan kecekapan tenaga apabila membeli barang elektrik. Mengikut standard Malaysia, produk akan di label kecekapan penggunaan tenaganya antara sehingga 5 bintang. Label 5 bintang sebagai paling cekap tenaga.

9 Bateri. Satu bekalan tenaga sampingan yang digunakan oleh semua. Namun dalam tidak sedar, pengguna gagal melupuskan bateri dengan baik selepas peranti itu tidak lagi mampu mengalirkan kuasanya. Pasti, ramai yang tidak membuang bateri dengan baik selepas digunakan dan hanya melontarkan ke dalam tong sampah. Cuba bayangkan jika sebahagian 25 juta rakyat negara ini membuang sebiji bateri seminggu, apa akan terjadi?

Pembuangan bateri yang tidak digunakan akan menyebabkan toksik plumbum tersebar secara meluas di permukaan bumi. Jika plumbum memasuki tubuh kita, ia akan menyingkir logam-logam lain yang berguna di dalam tubuh manusia lalu menyebabkan kesan tertentu. Logam-logam yang disingkir termasuklah zat besi, zink, raksa dan kuprum. Kekurangan bahan-bahan tersebut boleh menjejaskan pembentukan sel darah merah normal sekali gus bahaya untuk kesihatan manusia.

Sumber: Berita Harian - 1Klassifieds
Post a Comment