Tuesday, March 1, 2011

Panduan menunggang motosikal



REHATKAN bahu anda. Bahu yang tegang menyukarkan pengendalian motosikal dan menyebabkan anda cepat letih. Pergerakan menjadi kurang lancar dan tindak balas lembab.

* Bengkokkan siku anda secara semula jadi supaya ia boleh bertindak sebagai penampan ketika pengendalian kurang stabil. Jangan buka siku terlalu luas.

* Untuk posisi menunggang semula jadi, berdiri di atas tempat letak kaki dan rendahkan punggung anda.

Ia boleh mengurangkan beban bahagian lain pada tubuh di samping memberikan operasi pedal dan pengendalian lancar serta pantas.

* Letakkan kedua-dua kaki pada tempat letak kaki. Hujung jari kaki mestilah mengarah ke hadapan untuk memudahkan pengendalian pedal. Ia juga mengelakkan kaki daripada tergelincir semasa menunggang.

* Jangan tumpukan perhatian pada satu tempat. Luaskan pandangan seboleh mungkin dan sebaik sahaja kelajuan meningkat, pandang jauh ke hadapan.

Beri perhatian kepada kedua-dua belah tepi dan belakang dengan memandang cermin sisi.

* Pegang bahagian tengah pemegang dengan pergelangan tangan rendah pada posisi saemulajadi (lebih kurang 120 darjah).

Genggaman tangan anda tidak mudah tergelincir dari pemegang semasa pengendalian tidak stabil. Ia juga kurang meletihkan walaupun lama menunggang.

* Rapatkan kedua-dua lutut pada tangki minyak supaya berat badan anda boleh digerakkan dengan lancar dan pantas bagi mengawal imbangan dengan baik.

No comments: