PENDIDIKAN pengguna secara formal atau tidak formal patut bermula di peringkat kecil lagi. Ini kerana di peringkat umur berkenaan, kanak- kanak mula menjalani kehidupan sebagai pengguna.
Langkah 1
Mengetahui perhubungan antara kehidupan pengguna, keluarga dan komuniti setempat
Lihat dan perhatikan persekitaran di mana anda tinggal. Kehidupan pengguna adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada agama dan tempat urusniaga (pekan, kampung dan sebagainya).
* Mengetahui mengenai kedai, pusat membeli-belah, pasaraya, pasar basah di kawasan di mana kita jalankan urusniaga atau urusan pembelian.
* Memahami bagaimana peniaga berfikir atau mendapatkan idea-idea yang baik untuk menjual barangan mereka.
Langkah 2
Mempelajari mengenai air, elektrik dan gas
* Bagaimana air, elektrik dan gas membantu kehidupan harian anda dan bagaimana mendapatkan bekalan yang berterusan, serta cara yang selamat dalam mengendali dan menggunakannya.
* Untuk memahami sumber bekalan dan resapan air.
* Pencemaran sungai harus dielakkan. Anda harus mengetahui kandungan dan kualiti sisa dalam air kumbahan yang menyebabkan pencemaran.
* Fikirkan juga bagaimana untuk mengurangkan pencemaran dan memastikan kawasan sekitar adalah bersih untuk kehidupan.
Langkah 3
Memahami pelbagai maklumat di sekeliling anda
Memahami betapa pentingnya maklumat yang dipaparkan melalui internet, TV: radio, surat khabar dan maja]ah. Anda boleh mendapatkan banyak maklumat dan pengetahuan mengenai apa yang berlaku di dalam dan di luar negara dari maklumat yang biasa anda terima.
* Fikirkan tentang iklan TV dan media lain. Anda perlu belajar untuk membezakan dan memilih yang baik kerana iklan biasanya dikeluarkan untuk memajukan jualan. Ada kemungkinan iklan mengandungi maklumat tepat serta cuba mempengaruhi perasaan supaya membeli.
Bukan semua maklumat memberi manfaat kepada pengguna. Pengguna harus bijak memilih dan menggunakan maklumat dari segi kesesuaian dan kesahihan bagi kesejahteraan pengguna.
Langkah 4
I. Rekodkan wang anda terima dan wang yang anda belanjakan dan buat analisa
II. Bagaimana memilih barangan
Cuba bincangkan mengenai kualiti dan harga barangan yang dibeli oleh setiap murid di dalam kelas. Kemudian fikirkan dan memahami perhubungan di antara harga dan kualiti barangan.
Sebagai contoh:
Sekali pandang, beg yang berharga RM20.00 adalah lebih mahal daripada beg yang berharga RM10.00. Walau bagaimanapun jika beg yang berharga RM20.00 dapat digunakan dengan baik selama 4 tahun sedangkan beg yang berharga RM10.00 hanya boleh digunakan selama 1 tahun maka beg yang kelihatan mahal harga sebenarnya tidaklah begitu mahal. Di samping itu anda juga akan memahami bahawa anda boleh menjimatkan sumber melalui ketahanan barangan yang anda beli dan guna.
Dalam Langkah 4 anda perlu mengetahui bahawa "Pengguna Adalah Raja". Raja tidak hanya setakat penjual memberi cukup maklumat supaya anda membeli. Pengguna mempunyai hak untuk memilih, mendapat keselamatan dan hak untuk menyuarakan pandangan dan pendapat untuk membaiki barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga dan kualiti yang berpatutan.
Sumber: Harian Metro - Wed, Jan 26, 2011 - 1Klassifieds
No comments:
Post a Comment