Friday, December 24, 2010

Gunakan ubat secara rasional



UBAT-ubatan merupakan agen yang penting untuk memulihara dan meningkatkan kesihatan. Oleh yang demikian, ubat-ubatan mestilah selamat, mampu dibeli, boleh didapati dan digunakan dengan sewajarnya.

Penggunaan ubat secara tidak rasional bukanlah isu baru. Penggunaan ubat secara tak rasional masa kini telah diakui sebagai epidemik global yang baru. Penggunaaan ubat secara tak rasional bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan awam tetapi juga mempunyai impak negatif terhadap ekonomi dan membawa kepada pembaziran.

Pastikan anda tahu:

* Jenis ubat yang diambil.

* Tujuan diambil.

* Dos tepat yang perlu diambil.

* Masa untuk mengambilnya.

* Bagaimana untuk mengambilnya.

* Berapa lama perlu diambil.

* Jenis makanan dan minuman yang perlu dielak.

* Jenis aktiviti yang perlu dielak (memandu, mengendalikan mesin dan lain-lain aktivit).

* Kesan sampingan yang mungkin berlaku akibar dari pengambilan ubat tersebut.

Pastikan doktor dan ahli farmasi anda tahu:

* Segala jenis ubat (termasuk vitamin) yang sedang anda ambil.

* Jenis alahan atau interaksi yang anda alami apabila mengambil sesetengah ubat.

* Tabiat pengambilan minuman keras anda.

* Sama ada anda merokok atau mengambil minuman berkafein.

No comments: