MUSIM cuti sudah bermula terutama mereka yang bergelar pelajar. Pastinya pelbagai rancangan diatur sepanjang percutian sehingga Disember ini.
Pastinya salah satu ialah melancong bersama keluarga, sekolah, institusi pengajian tinggi atau rakan-rakan sekelas. Destinasi dituju menanti, izin sudah diberikan dan beg sudah dikemas. Justeru, pastinya tidak sabar untuk `terbang' menikmati percutian bersama rakan sekelas. Bercuti adalah kesempatan menyenangkan kerana kita berpeluang melawat banyak tempat menarik selain merasai kebudayaan di tempat yang dituju.
Bagaimanapun, sebelum `terbang, baik kalian mengetahui tips di dalam perjalanan demi menjamin keselamatan.
Sebelum Berangkat
Fahami undang-undang dan adat istiadat di tempat yang dikunjungi terutama berkaitan alkohol, ubatan terlarang dan ketika malam. Kamu tidak akan terlepas dari hukuman walaupun pelancong. Bawa kaca mata untuk mengelak silau dari matahari terik. Selain itu, siapkan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema.
Pastikan kamu memberitahu ketua rombongan mengenai ubatan yang harus kamu ambil jika kamu mempunyai penyakit tertentu. Berikan nombor telefon dan faks hotel tempat kamu menginap kepada ibu bapa, nombor telefon bimbit ketua rombongan selain jadual perjalanan. Jika ada sebarang perubahan dalam jadual, maklumkan kepada keluarga.
Simpan semua barang berharga, ubatan, dokumen perjalanan dan pasport (jika keluar negara) dalam beg kecil yang selalu di bawa ke mana-mana saja. Ini kerana, bagasi kadang-kadang boleh tertinggal atau hilang. Untuk mengelak kemungkinan itu, semua yang penting harus sentiasa bersama kamu.
Semasa Bercuti
Jangan bawa semua wang tunai terutama ketika membeli makan tengah hari atau makanan ringan. Simpanlah dompet di dalam poket berzip. Jika kamu perlu membuat pertukaran wang di luar negara, pergilah hanya di tempat pertukaran wang yang rasmi seperti bank.
Tidak perlu berlagak atau mahu menunjuk-nunjuk ketika bercuti. Pakai saja jam yang sudah lama dan tidak mahal. Tinggalkan semua barangan yang mewah atau canggih di rumah. Anda bercuti bukan untuk menjadi sasaran pencuri. Bila membawa kamera digital, ipod atau pemain MP3, jangan terlalu menunjuk.
Jika daftar masuk di hotel penginapan, ambil kad nama hotel yang mempunyai alamat dan nombor telefon. Bawa kad nama itu ke manapun kamu pergi.
Jangan berjalan sendirian dan terpisah dari kumpulan. Setidaknya, pergi dengan seorang teman kalau perlu atau sentiasa berada dalam kumpulan.
1 comment:
Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?.
Post a Comment