My Followers

Resepi pilihan - Kuih keria Quaker Oats

BAHAN:

1/3 cawan Quaker Oats Cepat Dimasak

300 gram ubi keledek - dengan kulit

10 sudu besar tepung naik sendiri

1 biji telur

Garam secukup rasa

4 camca besar gula

Hiasan:

Gula asing - diayak

Cara penyediaan:

1. Kukus ubi keledek hingga empuk.

2. Lecek ubi keledek hingga menjadi pes.

3. Gaulkan ubi keledek lecek itu dengan Quaker Oats Cepat Dimasak, tepung, telur dan gula hingga sebati.

4. Letakkan adunan itu antara dua helai plastik putih, canaikannya hingga setebal 2sm atau 3/4" dan potong dengan pemotong donat.

5. Panaskan dua cawan minyak masak dalam kuali.

6. Setelah minyak panas, goreng kuih keria atas api sederhana besar hingga berwarna kuning keemasan.

7. Alih dari kuali, taburkan gula aising atau tuangkan sedikit madu dan hidangkan.
Post a Comment