Wednesday, July 14, 2010

Sistem hadaman bayi

BILAKAH masanya yang sesuai bagi bayi diberikan makanan pejal? Apakah kesannya jika diberikan terlalu awal? Inilah antara persoalan yang sering bersarang dalam fikiran ibu bapa, khususnya yang bakal dan baru mendapat cahaya mata.

Pertanyaan sebegini dilontarkan kerana tidak ramai yang benarbenar tahu fakta sebenar mengenai sistem penghadaman si kecil ini. Selain mendapat rujukan pakar kanakkanak, ibu bapa yang prihatin juga boleh mendapatkan risalah atau maklumat mengenainya seperti buku panduan dilancarkan Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia, barubaru ini.

Hakikatnya, pada permulaan kehidupan bayi, sistem penghadamannya masih dalam proses perkembangan dan kematangan. Sistem penghadaman bayi masih belum bersedia menerima apaapa juga makanan kecuali susu ibu.

Perkembangan usus bayi sebenarnya bermula sejak minggu kelima si kecil ini berada dalam kandungan. Namun hanya pada bulan keenam selepas dilahirkan, sistem penghadamannya cukup matang untuk memproses makanan yang lebih kompleks dan pejal. Ketika ini makanan mengandungi kanji, protein, lemak, vitamin dan galian boleh mula diberikan. Inilah masa yang sesuai untuk anda memperkenalkannya kepada makanan selain susu ibu.

Bakteria sihat yang tumbuh dalam usus bayi anda (mikroflora usus) akan melindunginya daripada jangkitan kuman dan membantu bayi anda mematangkan sistem imunnya.

Semasa permulaan zaman kanakkanak, sistem penghadamannya akan berterusan menjadi matang. Dua tahun pertama kehidupannya adalah masa yang paling kritikal. Mikroflora usus sudah bersedia dan boleh mempengaruhi sistem pertahanan badannya untuk jangka panjang. Sekiranya sistem penghadaman anda anda kurang baik, perkembangan pembesarannya dan tumbesarannya akan terbantut.

Sebenarnya, usus bayi anda bebas kuman sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, sebaik lahir, bakteria daripada vagina ibu dan kawasan persekitarannya mula memasuki ususnya.

Apabila ibu mula menyusukan bayi, bakteria baik seperti `lactobacili' dan `bifidobakteria' turut memasuki sistem penghadaman bayi dan membentuk kuman dalam ususnya.

Ketika si kecil membesar dengan sihat, pembentukan asas mikroflora yang distabilkan pada dua tahun pertama usianya akan kekal sehingga dewasa.

Keseimbangan mikroflora yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan bayi. Contohnya bayi yang tidak mempunyai keseimbangan bakteria usus mudah mengalami masalah colic (kembung perut) dan berisiko mendapat alahan (seperti ekzema) dan asma semasa mereka membesar.

Untuk mikroflora usus yang sihat, pastikan bayi menikmati susu ibu. Susu ibu mengandungi nutrisi yang penting untuk tumbesaran, perkembangan dan kesihatan anak anda. Susu ibu juga menjamin kesihatan sistem penghadaman.

Bifidogenik dalam susu ibu mendorong pertumbuhan dan penjajahan bakteria baik dalam usus anak anda, dan membantu mempertahankan mikroflora usus yang baik. Ia mengurangkan risiko cirit birit dan masalah usus yang lain.


Info

Diet sihat anak

* Bayam

Sumber zat besi, kalsium dan asid folik selain vitamin A dan C. Bayam bagus untuk perkembangan tulang dan otak anak anda. Hidangkan ia sama ada sebagai sup atau campurkan dengan bubur nasi.

* Ubi keledek

Kaya Vitamin B, C, dan E selain kalsium, potassium dan tentunya zat besi. Ubi keledek juga kaya karbohidrat dan serat yang membantu sistem percernaan.

* Dadih

Dadih atau yoghurt kaya kalsium dan protein, membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat, membantu sistem pencernaan dan menentang bakteria dalam perut. Bagi menu mudah, campurkan dadih rendah lemak dengan buah- buahan segar yang turut menambat selera anak.

* Avocado

Berkeupayaan menurunkan kadar kolesterol yang mengancam kesihatan jantung. Avocado juga sumber serat yang membantu menstabilkan kadar gula dalam darah selain kaya Vitamin E. Bagi resipi mudah, cuba campurkan avocado dengan sedikit jus limau, lemon serta dadih.

* Beri biru

Penuh vitamin, mineral dan antioksidan. Ia membantu merendahkan tahap kolesterol, menajamkan ingatan dan dipercayai membantu menentang sesetengah jenis barah.

* Ot

Sesuai untuk sarapan, penuh serat dan memberi tenaga. Boleh disediakan dengan campuran susu atau dicampur buah beri biru.

* Ikan salmon

Kaya Omega3 yang membantu menurunkan risiko serangan jantung. Khasiatnya membantu menguatkan ingatan dan memperbaiki' mood'anak anda. Salmon juga pilihan terbaik bagi anda yang tidak mahu anak-anak terdedah dengan makanan laut yang penuh toksik seperti mekuri.

3 comments:

Anonymous said...

salam hanah..agak lama juga makcik tak singgah..satu info yg bagus dikongsi..suka baca bahan2 dari hanah..teruskan menulis bahan2 yg berinformasi agar semua mendapat menafaat.

edrina said...

thanks sharhanah!! :-)

nadiwarna said...

salam..kak..nak tanya ni..anak saye baru 1 bulan..dan die mengalami masalah penghadaman..x buang air besar..n perut die kembung..ape yang perlu sya buat ye..skrg ni sy bgi minum susu dulac dari dumax..adakah sbb susu..?