Monday, March 15, 2010

Senaman boleh kurang ketegangan depan komputer

PANDUAN DIANE PAETZ

* Kawasan tempat bekerja perlu disusun dengan teratur, selesa dan selamat serta pemilihan meja dan kerusi perlu memenuhi tiga ciri ini.

* Kedudukan badan ketika bekerja juga perlu diberi perhatian. Duduk dengan betul, iaitu tangan dan pergelangan tangan berada dalam kedudukan biasa. Justeru, kedudukan tangan hendaklah selari atau separas dengan meja, tidak ke bawah atau ke atas untuk mencapai papan kekunci.

1. Letakkan tetikus komputer dekat dengan papan kekunci dalam memastikan anda tidak perlu mencapai dengan menggunakan keseluruhan lengan daripada badan ketika berada pada keadaan duduk. Jangan lupa untuk memastikan jarak yang bersesuaian dengan kedudukan monitor komputer.

2. Kaki anda harus berada dalam kedudukan selesa di atas lantai atau lebih baik lagi letakkan di tempat rehat kaki.

* Hadkan masa menghadap komputer bagi memastikan anda berehat seketika untuk melakukan regangan atau senaman ringan. Regangan itu termasuk:

1. Menggenggam tangan kuat-kuat dan gerakkan dalam 10 bulatan ke dalam dan 10 bulatan ke luar.

2. Letakkan permukaan tangan anda bersama dan ramas dalam 10 saat. Ulangi langkah ini dengan unjur jari ke bawah dan ramas untuk 10 saat berikutnya.

3. Kembangkan jari anda dan kemudian kuncupkan semula.

4. Berdiri dan peluk badan dengan tangan, kemudian pusing ke kiri dan ke kanan.

* Perhatikan semula tempat penggunaan komputer di pejabat dan buat perubahan yang sesuai mengelakkan ketegangan mata. Jika terus mengalami sakit ketegangan akibat penggunaan komputer, berjumpa pakar kesihatan yang berkelayakan.

No comments: