MENUNGGU di bawah terik matahari tentunya tidak meyenangkan. Mata pula mula berpinau akibat pantulan sinar matahari yang menyakitkan pandangan. Keadaan ini pasti pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Menghantar kereta untuk dicuci ditempat-tempat seperti di bawah pokok, khemah bocor dan kawasan lapang yang berdebu menjadi kebiasaan. Dengan hanya kos sejumlah RM8, kereta sudah boleh dicuci. Tambahan RM2 lagi akan melayakkan kenderaan yang dihantar untuk divakum bahagian dalamnya.
Pengilat pula, pada kebiasaannya sejenis cecair bewarna putih digunakan. Span dan cecair berkenaan akan digunakan untuk mengilatkan bahagian tayar yang hitam agar serinya bertambah. Cuba perhatikan lagi. Alatan dan cecair yang sama akan digunakan untuk mengilatkan bahagian dalam seperti papan pemuka, panel pintu dan apa saja alatan getah atau kulit. Memang nampak cantik dan berkilau. Namun, satu persoalan saja yang hendak ditimbulkan di sini; adakah bahan kimia yang digunakan itu elok untuk diaplikasikan pada bahagian kenderaan?
Perasaan seronok akan menyelubungi hati apabila melihat kereta kita disembur oleh sejenis bahan yang selalu dikenali sebagai salji atau `snow'. Kelihatan ia akan benar-benar menghapuskan segala kekotoran yang terlekat pada kereta. Tetapi, pernahkah kita bertanya, bahan kimia apakah yang digunakan pengusaha terbabit? Adakah ia benar-benar selamat dan akan melindungi warna cat kenderaan?
Tanpa disedari, pengguna langsung tidak pernah mempersoalkan perkara ini. Yang kita mahu hanya kereta kita kelihatan bersih dan baru. Basuhan di kedai-kedai biasa ini walhal tidak akan bertahan lama pun! Boleh dikatakan setiap minggu kita perlu mencuci lagi kenderaan.
Pernahkah kita membayangkan, dengan RM15 saja kita mampu mendapatkan hasil yang terbaik dan diyakini berkualiti untuk kenderaan? Hanya dengan tambahan beberapa ringgit itu, bukan saja kenderaan kita dicuci oleh pakar malahan kita juga diberi kelebihan untuk menunggu dibilik berhawa dingin, hidangan minuman percuma, mendapat akses internet untuk komputer riba dan banyak lagi layanan istimewa yang ditawarkan.
Selain itu, peri pentingnya mengambil tahu tentang produk yang digunakan untuk cucian akan menyelamatkan kenderaan daripada kelunturan warnanya dan kerosakan lain.
Begitu juga dengan tenaga kerja profesional yang bukan saja tahu mengenai teknik-teknik terbaik untuk menjaga keadaan warna asal kenderaan, bahkan turut mengetahui latarbelakang produk-produk yang digunakan.
Dan yang paling pentingnya, sekali cucian dan aplikasi perapi yang lain seperti wax dan pengilatan mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan! Ini akan menjadikan pengguna mendapat lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan.
Proses yang melibatkan profesionalisme seperti ini tentunya akan memerlukan sedikit kos tambahan, namun hasilnya tidak menghampakan! Kenderaan yang selesai melalui proses ini pun akan kelihatan seperti baru. Bonus kepada ini semua adalah ketika pertama kali memandu kenderaan terbabit ketika dalam keadaan itu. Tiada yang mampu mengungkapkan perasaan berkenaan.
Terdapat beberapa premis yang menawarkan khidmat sebegini. Satu daripadanya ialah di Carnauba Autospa yang beroperasi di Glenmarie Shah Alam dan juga di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Layanan yang diberikan amat memuaskan dan hasil akhirnya tidak akan mengecewakan anda. Barisan produk berkualiti dan tenaga mahir cukup untuk menambat keyakinan pengguna yang mereka menawarkan hanya yang terbaik untuk kenderaan yang dihantar ke sana.
Jika ingin merasakan berbezaan yang dimaksudkan, cuba sendiri khidmat yang ditawarkan oleh Carnauba Autospa.
3 comments:
Cuci sendiri ar jimat!!
PEACE...
salam hanah ,memang kita tak siasat apa yg mereka guna bila hantar kereta utk dicucikan.. agaknya sekarang mak cik nak suruh pak cik basuh sendirilah,pasti kita guna ubat yg sesuaikan.
kena cuci sendirilah gamaknya..
Post a Comment