INI adalah satu perkara yang penting juga jika mahu berbicara mengenai proses membasuh kereta. Jika anda mengambil berat penjagaan kereta, jangan ambil enteng perkara ini.
Bagi tujuan basuhan kenderaan, air yang terbaik untuk digunakan adalah air suling. Ini kerana air ini tidak mengandungi bahan asing atau pun mineral yang mungkin boleh mencacatkan struktur warna cat pada kenderaan.
Jika dalam keadaan biasa, air yang disediakan ke rumah-rumah lazimnya mengandungi klorin. Yang dikhuatiri ialah kandungan klorin ini jika ia berlebihan.
Mineral, klorin dan bahan asing akan meninggalkan apa yang dikenali sebagai `kesan air'.
Bagi mengelakkan perkara ini, mudah saja. Gunakan penapis pada saluran air ke rumah anda. Ini sekurang-kurangnya dapat menghindari kereta dari masalah berkenaan.
Bagi pusat basuhan profesional, seharusnya mereka dilengkapi dengan penapis air industri. Ia membabitkan penapisan tiga peringkat, yang akan menapis lumpur, pasir serta mineral sekali. Inilah sebenarnya air paling ideal untuk cucian kereta sebenarnya. Jika anda prihatin kepada warna kereta anda, mungkin boleh dipertimbangkan penggunaan penapis air sebegini.
1 comment:
ingatkan kena beli air minerel dalam botol tadi hahaha PEACE...
Post a Comment