Sunday, February 28, 2010

Mutiara Doa

> Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)

"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau."

> Doa anak untuk ibu bapa

"Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

>Doa ketika bangun dari tidur

"Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang bangun dari tidur di waktu malam, bacalah:

`Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah. Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung."

Kemudian, berdoa: "Wahai Tuhanku, ampunlah dosaku." Maka Allah akan mengampunkan.

>>Doa ketika mengenakan pakaian

"Segala pujian bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripada-Nya tanpa daya dan kekuatan dariku."

>>Doa ketika mengenakan pakaian baru

"Ya Allah, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepada-Mu untuk mendapat kebaikan dan kebaikan yang diciptakan kerananya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan dan kejahatan yang ia ciptakan kerananya."

"Kenakanlah sampai lusuh, semoga Allah memberikan gantinya kepadamu."

"Berpakaianlah yang baru, hiduplah dengan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid."

>>Bacaan ketika meletak baju

"Dengan nama Allah (aku meletakkan baju)."

Doa ketika sedih

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, terlaksana ke atasku hukuman- Mu dan adil kehakiman- Mu terhadapku, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diri-Mu atau Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."

Doa ketika ditimpa bencana

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah-Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia." "Ya Allah, demi rahmat- Mu aku memohon, maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau." "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim

Doa supaya kemas dalam beribadah

"Wahai Tuhanku, tidak ada yang dapat menghalang apa-apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau halangkan dan kekayaan tidak boleh memberi manfaat daripada Engkau bagi si kaya.

Wahai Tuhanku, tolonglah aku untuk mengingati Engkau, mensyukuri Engkau dan mengelokkan ibadat kepada Engkau".

Doa terhindar bisikan syaitan

"Ya, Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada bisikan syaitan.

Dan, aku berlindung pula kepada Engkau ya Tuhanku daripada kedatangan mereka kepadaku".

Doa hati tetap mentaati Allah

"Wahai Tuhanku yang memutar hati-hati hamba, palingkan jiwa kami kepada mentaati-Mu.

Doa memohon keampunan Allah

"Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi." (Surah al-A'raf ayat 23).

Doa keluar rumah agar mendapat perlindungan Allah atas harta benda dan keluarga

"Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerah diri kepada Allah, tiada ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua."

Doa (selawat) mohon rezeki yang luas dan akhlak yang baik

"Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengannya dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya serta berikanlah keselamatan."

Doa mengubati sakit kepala

"Dengan nama Allah sebaik-baik nama. Dengan nama Allah Tuhan empunya bumi dan langit. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya memberi berkat serta mengubati penyakit.

Dengan nama Allah yang dengan kekuasaan-Nya menyembuhkan penyakit. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak memberi mudarat racun dan penyakit.

Dengan nama Allah yang tidak mendatangkan mudarat dengan nama-Nya sesuatu benda pun di bumi dan di langit dan Dialah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Doa untuk anak baru lahir dan menjauhi gangguan syaitan

Selepas diazankan dan diiqamahkan ke telinga kanan dan kiri bayi yang baru dilahirkan serta dibelah mulutnya dengan tamar atau manisan madu, bacalah doa berikut:

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan setiap penglihatan yang jahat membahayakan."

Mohon dijauhi penyakit berjangkit dan kesukaran lain

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada tikaman, penyakit taun, dari kedatangan bencana, datangnya kematian secara tiba-tiba, penyakit panas, buruknya takdir, beratnya bahaya.

Dan, kami berlindung kepada-Mu dari tertimpanya kesukaran dan cemuhan musuh. Wahai Zat yang kekal lagi sentiasa berdiri sendiri. Wahai yang mempunyai kebesaran dan kurnia. Ya Tuhan kami, lenyapkan dari kami azab itu, sesungguhnya kami beriman.

Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahanam dari kami kerana sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal. Ya Allah, kami menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang yang rugi.

Demi rahmat kurnia-Mu Ya Allah Tuhan semesta alam. Ya Allah, Ya Allah yang memelihara. Ya Allah yang Maha Tinggi."

1. DOA memperoleh isteri dan anak bertakwa

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteriisteri kami dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orangorang yang bertakwa." (Surah al-Furqan ayat 74).

2. DOA mengekalkan kasih sayang suami/isteri/anak yang terpisah agar tertambat hati antara satu dengan lain

"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan." (Surah al-Imran ayat 200).

3. DOA kasih sayang/ pelembut hati suami/ isteri/anak

"Taha (Hai manusia). tiada Kami turunkan al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana." (Surah Taha ayat 1-5).

"Allah itu lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya, diberikan-Nya rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan dia Maha gagah lagi Maha Berkuasa. (Surah al-Syura ayat 19).

Doa awal tahun

Doa ini dibaca tiga kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

>>Berikut adalah doa awal tahun:

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.

"Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selamalamanya.

Demi kelebihan-Mu yang Maha Agong dan kemurahan- Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada- Mu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan konconya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu.

"Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan sahabat.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam... Amin..."

Doa akhir tahun

>>Waktu membacanya:

Dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua.

Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

>>Berikut adalah doa akhir tahun:

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya. "Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azab- Mu yang telah ditetapkan kepadaku.

"Engkau memerintah supaya aku bertaubat daripada kesalahan itu.

Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari-Mu, ampunilah aku dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

"Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...

Amin...

1) Doa diberi keupayaan membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah kepadaku dengan rezeki-Mu yang halal dan perkayakanlah aku dengan limpah kurnia-Mu daripada meminta kepada lain daripada-Mu."

2) Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang."

3) Doa Abu Darda' memohon perlindungan daripada Allah untuk diri, keluarga dan harta benda

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w semulia-mulia Rasul dan ke atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.

Ya Allah Tuhan kami, Engkau Tuhan, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki pasti tidak akan berlaku.

Tiada upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu selain Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Kami mengetahui sesungguhnya Allah (atas tiap-tiap sesuatu) Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah Tuhan Kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia).

Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya serta sahabatnya sekalian. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."

DOA ketika bercermin

"Ya Allah, Engkaulah yang memperindah kejadian, maka indahkanlah budi pekertiku serta haramkanlah wajahku daripada neraka. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan keseimbangan pada kejadianku, memuliakan rupa wajahku lalu indahkannya, dan yang telah memasukkan aku ke dalam golongan muslimin." (Riwayat Ibn Mas'ud, Aisyah dan Anas r.a)

Doa ketika sakit

"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk ke dalam kelompok orang yang berbuat aniaya." (Surah al-Anbiya' ayat 87). Sekiranya dibaca sebanyak 40 kali, lalu ia mati kerana sakitnya itu, yang demikian diberi pahala senilai syahid. Andai kata ia sembuh, Allah akan mengampunkan segala dosanya.

Doa memperoleh ilmu yang bermanfaat

"Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan budi pekerti, muliakan aku dengan ketakwaan dan baguskanlah diriku dengan kesihatan." (Riwayat Ibn Najjar daripada Ibn Umar r.a).

2 comments:

Anonymous said...

salam hanah. bagus n3 ni mengingatkan kita kepada doa2 untuk semua situasi..tq kerana berkongsi.

#cdmHA said...

salam.. wah.. best2.. byk doa kat sini.. :)