Saturday, January 30, 2010

Kurang air punca pelbagai penyakit

Pstt... sekarang nie, aku tengah belajar minum air kosong. Azam tahun 2010.... doc kata, aku ni kureng sangat minum air. Yer ker??

MINUM air yang mencukupi sangat penting bagi menjana kesihatan yang baik.

Lazimnya badan kita memerlukan lebih kurang 60 hingga 70 peratus air. Ini kerana darah adalah dalam bentuk cecair, begitu juga dengan otot, paru-paru dan otak juga banyak mengandungi air.

Air diperlukan di dalam tubuh manusia untuk menyelaraskan suhu badan selain membekalkan nutrien kepada organ tubuh, membawa oksigen kepada sel, membuang bahan toksid serta memberi perlindungan kepada sendi dan organ anda.

Secara tidak disedari, seseorang kehilangan air dengan banyak dari tubuhnya menerusi kencing, pernafasan dan berpeluh. Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar kehilangan air lebih banyak berbanding dengan mereka yang tidak aktif.

Penggemar kopi juga perlu minum lebih banyak air kerana kandungan kafein dalam kopi mempercepatkan anda kehilangan lebih banyak air daripada badan melalui proses kencing yang kerap.

Tubuh yang kekurangan air boleh mengakibatkan kesakitan sendi dan otot yang kronik, kesakitan pada bahagian bawah belakang, sakit kepala dan kehausan. Air kencing anda juga berbau kuat, amat kuning atau keperangan yang menandakan anda mengalami hidrasi.

Air perlu diganti lebih awal sebelum anda sendiri berasa kehausan.

Kadar terbaik jumlah pengambilan air yang diperlukan adalah mengikut berat badan anda dan dibahagikan dua. Hasilnya anda mengetahui jumlah auns air yang diperlukan oleh tubuh anda sehari.

Contohnya jika berat anda ialah 160 paun, anda hendaklah minum sekurang-kurangnya 80 auns air sehari. Jika anda melakukan aktiviti senaman, anda hendaklah menambah lebih lapan auns air pada setiap 20 minit ketika bersenam.

Jika anda berada dalam kapal terbang, langkah terbaik ialah meminum lapan auns air bagi setiap jam anda berada dalam pesawat itu.

Begitu juga jika anda tinggal di kawasan panas dan kering, anda perlu menambah dua auns lagi sehari dan ini bermakna keperluan harian air bagi tubuh anda boleh berganda dengan banyak mengikut persekitaran anda ketika itu.

Bukan semua air datangnya daripada yang diminum secara langsung tetapi kira-kira 20 peratus air juga datangnya daripada makanan yang dimakan setiap hari. Oleh itu minum air bermineral adalah yang terbaik kepada kesihatan berbanding dengan mengambil minuman ringan yang mengandungi gula dan berkalori tinggi.

Meminum teh herba yang tidak bersifat diuretik juga elok begitu juga dengan jus buah yang mengandungi vitamin dan nutrien. Minuman yang mengandungi elektrolit juga berfaedah tetapi awasilah kandungan gula dan kalorinya.

Bagi mereka yang liat minum air, mungkin anda boleh menambahkan hirisan lemon, limau nipis bagi memberi kelainan rasa kepada air minuman anda itu.

3 comments:

Chik Na said...

chik na pun jenis yang liat minum air kosong... walaupun tahu keperluan minum air tapi still jugak kurang minum...

sharhanah said...

huhuhu...sebenarnya, sy malass sungguh nak minum...bila minum ikut standard 8 gelas sehari...asik nak ulang gi toilet jer :)tu lagi malassss

Unknown said...

betol...
sekarang nie kene byk minum air masak...