PENGUBAHSUAIAN kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
1. Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
2. Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
3. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
4. Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau breglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
7. Pemasangan para bumbung.
8. Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
9. Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
10. Pemasangan pengadang angin, penutup lampu breglass dan penutup enjin breglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal. Senarai yang telah dinyatakan di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa.Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.
Contohnya:-
1. Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
2. Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
3. Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mud 1/4aps.
4. Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
5. Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
6. Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
7. Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.
2 comments:
salam hanah. ada orang yg upgradekan kereta sampai berwajah baru, macam orang yg kena cucuk botox. ada yg makin cantik dan ada yg kita tak kenal jenis keretanya. makcik pakai kereta kalau beli macam tu, macam tulah sampai bila2 he..he..
salam cik yam,
hihihi... itulah org yg terlalu taksub ngan keretanya. Diorang rasa 1 kepuasan pulaks...biar duit keluar riban2, diorang memang tak kesah punya... yg nak tergelak tu, kete tu dah nampak macam kete terbang..ada sayap...hihihi..klakarkan bagi kita. Sy pun, macam cik yam laa... xde nak modified2. Rasa macam rugi laks...rasanya duit tu leh buat benda lain yang lebih berguna kan.
Post a Comment