Psttt ... Aku pernah mengalami situasi begini bila anak aku yang sulung mengamuk depan orang ramai. Masa tu, sengaja aku bawak dia jenjalan kat Times Square sementara tunggu my hubby balik keje. Silap pilih jalan daaa... dia ternampak laks 'Cosmo's World'. Tergedik² nak naik... padahal, time tu ... dia baru setahun lebih. Last², aku cabut ... dalam perjalanan turun tu, taktau ler nak letak mana muka aku nie. Sampai kat bawah aku pujuk dan terus pujuk elok². Pastu, terus OK... hisshhhh.... tobat, tak nak lalu dah kat situ.
SEORANG ibu merah padam mukanya apabila si kecilnya membentak dan menangis dengan jeritan kuat ketika membeli-belah di pasar raya.
Lantaran tidak dibelikan mainan yang amat dikehendaki, anak itu tidak hanya menangis, malah berguling-guling di lantai. Dipujuk berkali-kali pun dia tetap meraung dan terus memberontak tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Si ibu yang mulanya sabar memujuk akhirnya hilang kesabaran sehingga dirasakan hendak mencubit saja si kecil itu. Rasa tercabar dengan sikap si anak, semakin dipujuk, semakin kuat tangisannya. Sehingga hilang punca dan terasa malu, si ibu meninggikan suara.
Situasi sedemikian dialami hampir kebanyakan kanak-kanak tidak kira di mana. Pakar kanak-kanak mendapati, usia antara 16 bulan hingga tiga tahun membuatkan mereka selalu mengamuk. Ini suatu perkembangan yang normal kerana kanak-kanak pada peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi.
Mereka juga punya sifat mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Ketika itu, mereka belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Kanak-kanak pada peringkat terbabit akan mengamuk kerana kecewa apabila tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi dan mendengar perkataan `jangan'.
Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal, sebagai ibu bapa, tabiat anak itu harus dikawal dan dibendung sejak mula perkembangannya.
Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa menangani masalah berkaitan:
- Mengalih perhatian anak apabila nampak petandanya hendak mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis.
- Tenang menghadapi kerenah anak. Baca surah al-Insyirah untuk menenangkan diri.
Berdoa supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar serta penyayang. Berdoa untuk anak dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.
- Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan apabila dia tidak boleh melakukan sesuatu.
Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah serta bantu anak mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
- Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkannya sebentar. Cuma pastikan anak selamat kerana ada kanak-kanak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
- Apabila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka mengenai perangainya yang tidak elok itu serta kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi.
Katakan pada anak mengamuk adalah cara yang tidak sihat untuk mereka. Jelaskan kepadanya mengenai ketegasan kita.
- Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak wajar. Kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi.
Malah, jangka masa mengamuk akan lebih panjang.
3 comments:
bagus info ni..terima kasih..saya pun ada dapat doa2 untuk anak2..maybe boleh sama2 amalkan..boleh baca kat sini http://princess-dyana.blogspot.com/2009/11/doa-untuk-anak-anak.html
Terima kasih banyak² kerana sudi bagi link doa utk anak². Memang sy nak sesangat .. sy nak terjah ke sana skrg jugak ☺
info yang bagus..
nanti pas kawin and ada anak, ble ikut ni.. :D
Post a Comment