Tuesday, January 12, 2010

Berpindah rumah mudah jika dirancang

Psttt ... aku tengah tunggu masa dan keadaan yang paling sesuai untuk pindah rumah ... huhuhu ... pasni, nak kena apply cuti ... nak cari nursery/babysitter yang terdekat dengan rumah baru. Pastu, nak kena cari duit lebih sket :) alMaklum lah, rumah baru ... terletak jauh daripada ofis ... 2.5x ganda jauhnya! Pastu, kena bayar tol laks ... dulu, jalan pakai jalan free jerk. Uiiii ... tahun baru punya penangan! Apa²pun kena hadapi ... Ermmm ... nak layan ni jap.

TENTU ramai yang pernah mengalami saat berpindah rumah. Tidak kiralah berpindah ke rumah jenis teres, kondominium mewah, apartmen mahupun flet kos rendah yang nyata pengalamannya tetap serupa.

Sama ada rumah yang bakal diduduki adalah milik sendiri atau sekadar menyewa, penat ketika berpindah tidak dapat dibayangkan. Daripada barang sebesar peti sejuk, almari, set katil hinggalah sekecil pinggan mangkuk dan perhiasan rumah perlu dipelihara supaya tidak mudah rosak.

Pengalaman berpindah bagi sesetengah orang tentu suatu yang cukup memeritkan. Apa tidaknya kerana terpaksa mengangkat barang berulang kali, apatah lagi jika menetap di kediaman apartmen yang tiada kemudahan lif.

Perubahan gaya hidup seseorang banyak bergantung dengan jenis kediaman yang dipilih mereka. Mungkin bagi si bujang, rumah jenis flet, apartmen dan kondominium lebih menjadi pilihan kerana lebih ringkas dan praktikal untuk didiami.

Tambahan, di bandar besar seperti Kuala Lumpur faktor harga kediaman semakin meningkat naik sekali gus membataskan pilihan untuk memilih kediaman yang selesa pada harga lebih murah.

Bagi mereka yang masih bujang, kediaman sebegini (apartmen) paling sesuai, ditambah lagi dengan khidmat pengawal keselamatan 24 jam untuk menjamin keselamatan dan keselesaan. Namun, yang berkeluarga juga masih memilih apartmen sebagai rumah sendiri kediaman selepas lima tahun menyewa kediaman jenis kondominium kerana mudah, ringkas, praktikal, selesa dan selamat.

Bagaimanapun, jika diberi peluang pasti ramai yang ingin menetap di rumah teres terutama bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai bilangan anak yang ramai kerana mempunyai laman untuk anak-anak bermain.

Faktor keselesaan dan kawasan persekitaran yang lebih selesa menjadikan kediaman teres menjadi pilihan paling sesuai untuk membesarkan anak-anak. Berpindah bukan semudah menukar pakaian kerana perlu mengambil kira segala bab daripada A hingga Z. Bermula dengan mencari lokasi, kedudukan kewangan, kemudahan lori, kotak hinggalah kepada perjanjian sewa/beli.

Lihat saja di halaman iklan di akhbar mahupun tiang lampu di tepi jalan, begitu banyak iklan yang memberi pilihan untuk membeli dan menyewa rumah, siap dengan harga sekali! Bila menyewa pula, trend semasa hari ini mensyaratkan `undang-undang' 2 + 1. Bagi mereka yang biasa menyewa tentu tahu istilah berkenaan iaitu perlu menyediakan deposit dua bulan dan sebulan untuk pembayaran sewa penginapan bulan pertama. Itu tidak termasuk dengan caj lain seperti deposit bil air, elektrik, penyelenggaraan dan caj awal tempat letak kereta. Justeru, jika sesiapa yang teringin berpindah, berfikirlah dulu, terutama mereka yang mempunyai banyak barang atau ada ramai anak. Tapi jika perlu, terpaksalah juga berpindah.

Jika anda menyewa, penting memahami perjanjian sewa kediaman, tambahan pula jika pemiliknya cerewet yang meletakkan pelbagai syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat hingga menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa. Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.

Ternyata, menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa yang pembersih, menjaga hartabenda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.

Justeru, penting setiap urusan menyewakan dan menyewa rumah ini dilengkapi dokumen seperti surat perjanjian untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Tip-tip pindah rumah

BERPINDAH ke rumah baru selalunya menjadi pengalaman pahit kerana kepala berserabut hendak mengemas barang, perlu menyediakan banyak kotak, barang-barang pula perlu diasing mengikut jenis, barangan berharga, barangan kaca, perhiasan mewah serta itu, proses mengangkat dan memindahkan barang. Namun, semua itu tidak akan memeningkan kepala jika tahu caranya.

Berikut adalah beberapa tip-tip yang boleh membantu:

MENGEMAS

* Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.

* Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat.

* Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak. Jika boleh, bawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.

* Sebaiknya peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan yang dirasakan perlu untuk kediaman baru.

4 comments:

abigemok said...

hehe.. aku tak pnh lagi pindah rumah.. tak tau cmana rasa.. :D

=MissRynn= said...

Kite x ske pindah rumah.. seminggu x hilang penatnya!!:(

sharhanah said...

Kyuubi_85: nnt kalau ada pengalaman pindah rumah, wat la entry, leh la berkongsi pengalaman ☺

=MissRynn= : huhuhu.... risaunyer nie... harap2 pasnie, takde lah lagih nak pindah2 rumah kan ;)

abigemok said...

haha... ok2.. boleh2 takde hal.. :D