My Followers

Adab di meja makan

Psttt ... aku kalau makan, main blasah jer ... tak kisah ler itu formal ke tak formal ... sbb aku tak pernah amik kursus .... tak pernah pun nak amik tau. hihihi.. Seingat dulu, masa aku student IPTA ... aku dapat jemputan daripada istana Arau (untuk student² pompuan jer) "Jamuan Teh di-Raja" bersama² Permaisuri Agong dan Permaisuri Raja Perlis. Al-Maklum la, 1st time makan secara formal ... memang lawak arrr ... memang taktaw apa²... aku bawak perut ja ... kat sana, pegang sudu garfu pun dah 'perakkkk buih' a.k.a pelik ... sebab sudu garfu sume berat² dan disalut tembaga. Bunyi garfu kena pinggan pun, ada jer mata memandang aku ... Rasa macam bersalah la plak. Hhuhuhu ...Makan laks diiringi muzik... padahal, itu sume biasak bagi korang sume kan? Dulu, itu lah aku skrg nie, ok lah sket... aPa² pun aku nak gak taw adab di meja makan .... ☺Jom layannn!


* Makan dengan mulut yang tertutup saat mengunyah makanan.

* Berbicara dengan suara yang rendah.

* Tutup mulut saat batuk atau bersin Jangan menyandarkan punggung di sandaran kerusi.


* Jangan menimbulkan suara saat mengunyah makanan.

* Jangan memainkan makanan dengan peralatan makan.

* Jangan menimbulkan suara saat memakan sup.

* Letakkan garpu di sebelah kiri dan garpu di sebelah kanan bersama-sama di arah jam tiga di atas piring dengan bahagian pisau yang tajam menghadap ke dalam. Ini menandakan bahwa anda telah selesai makan.

* Napkin yang disiapkan untuk anda hanya untuk membersihkan mulut bila kotor.

* Jangan mengambil makanan dari piring orang lain dan jangan memintanya juga.

* Jangan lupa untuk selalu mengatakan `tolong' dan `terima kasih' setiap kali meminta bantuan.
Post a Comment