APA yang perlu dilakukan apabila ternampak rumah dipecah masuk;
* Hubungi polis dengan segera.
* Camkan kenderaan yang diguna seperti nombor plat. Bagaimanapun, nombor plat boleh dipalsukan.
* Sebaik-baiknya camkan tanda yang jelas pada kenderaan itu seperti tanda kemek atau nama dan alamat pemilik pada pintu (biasanya lori mempunyai nama dan alamat pada pintu).
* Anda juga boleh memerhatikan rupa dan keadaan fizikal orang yang tidak dikenali itu.
* Jika ada persatuan penduduk di kawasan perumahan, laporkan pada mereka supaya tindakan segera boleh diambil.
* Jangan menyentuh atau mengubah barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan melindungi bahan bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau aat tertentu yang ditinggalkan penjenayah.
Sebab berlaku pecah rumah dan curi:
* Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
* Menggunakan kunci,mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
* Meninggalkan barang berharga di tempat yang mudah dicuri atau diambil di dalam rumah.
* Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.
* Meninggalkan tanda yang menunjukkan penghuni tiada di rumah seperti tiada berlampu, meninggalkan nota dan lain-lain.
* Selain kelalaian penghuni rumah, kedudukan dan keadaan rumah boleh mendorong penjenayah untuk melakukan jenayah seperti kedudukannya yang terpencil atau barang berharga terdedah.
Langkah keselamatan :
* Memasang alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, rantai pintu serta menggunakan mangga dan selak yang kukuh.
* Memberi tanda seolah-oleh rumah berpenghuni ketika keluar sekejap seperti memasang lampu dan radio.
Tidak meninggalkan nota menyatakan orang tiada di rumah.
* Minta bantuan jiran mengawasi keadaan rumah ketika ketiadaan penghuni.
* Memastikan pintu, tingkap dan pintu pagar kawasan berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
* Memelihara anjing atau angsa bagi membantu mengawasi rumah.
* Kawasan rumah sentiasa bersih dan lapang.
* Semak samun, rumpun pokok, belukar dan barang besar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
* Elakkan menyimpan banyak wang serta barang berharga di dalam rumah. Bank lebih terjamin keselamatannya.
* Memastikan perkakas seperti penyodok/gerudi/tangga yang boleh digunakan sebagai alat memasuki rumah tidak ditinggalkan berselerakkan.
Pastikan ia disimpan di tempat yang berkunci dan tersorok.
* Sekiranya bercadang bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
No comments:
Post a Comment