Psttt ... Aku nie kan, cukup lemah dengan teknik² perundingan ... pendek kata, lau amik peksa, mmg failed lah! Eeeee ... seb baik ada suami yang teror. Lau aku ajak gi beli barang (kedai yg boleh negotiate ler) takde nyer aku nak mintak tawar (dah penah try, tapi skali jer la... tu pun dah takut nak mintak harga rendah lagih) Maka, aku tukang tunjuk jer la apa yg berkenan. Nanti suami ler yg akan guna teknik² ni untuk menentukan harga yang sepatutnya dengan si penjual. Ni kalau dah nak beli kete, aku lagi la tak reti. Apa² pun, jom layan ... zasSSS!!
SEBELUM berunding membeli kenderaan terpakai anda perlu melengkapkan diri dengan teknik perundingan kerana ia bukan saja bakal menentukan harga kereta, malh mungkin turut keadaan kereta yang bakal dibeli, terutama jika kereta terpakai yang tidak kita ketahui sejarah penyelenggaraannya.
Ruangan kali ini memberikan panduan teknik yang boleh dilakukan sebelum membeli kenderaan baru atau terpakai.
Lengkap diri anda dengan beberapa langkah berikut:
* Maklumat mengenai kenderaan
Selidik harga kereta yang bakal dibeli walaupun kereta baru kerana ketika persaingan dalam pasaran automotif sekarang, pengedar memberi pelbagai insentif menarik seperti hadiah sampingan, subsidi kadar faedah dan kadar tukar beli yang tinggi. Jika kereta terpakai, pengetahuan mengenai harga pasaran sesuatu model boleh mengelakkan anda daripada tertipu.
* Sesuaikan kereta yang bakal dibeli dengan kemampuan anda
Jika tidak mempunyai wang tunai yang cukup, bertanya pada diri sendiri adakah mampu membayar ansuran bulanannya. Aspek lebih penting ialah memahami sepenuhnya proses ansuran (kredit), perjanjian dan dokumen penting lain.
* Jauhi dari tujuan yang tidak realistik
Untuk memilih jenis kereta anda inginkan, utamakan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup. Pilih kereta yang diperlukan. Ingat apabila memilih kereta yang mempunyai kelas eksklusif, biaya penyelenggaraannya memerlukan kos tinggi terutamanya daripada aspek bahan bakar.
* Jangan berfikir untuk jangka pendek sahaja
Contohnya, anda memilih kereta jenis tertentu kerana harganya murah namun dalam jangka panjang ternyata ia memerlukan pembiayaan tinggi. Ia membuktikan pilihan anda kurang tepat.
* Jaga langkah pembukaan komunikasi anda
Jika anda menyatakan terus harga dan kemampuan, ia memberi peluang penjual meletak harga sendiri dan akibatnya, anda kehilangan peluang tawar-menawar. Pembeli yang terlebih dahulu menyebut harga, biasanya bakal dimanipulasi peniaga.
* Jadilah pendengar yang baik
Semakin banyak berbicara, semakin banyak maklumat hilang. Lebih baik anda bertanya mengenai kenderaan dan cara pembayaran, kemudian fahamkan jawapan diberikannya.
* Periksa dengan penjual yang lain
Selepas berbincang anda harus berusaha mendapatkan maklumat lengkap mengenai kenderaan dan harganya. Untuk menguatkan pilihan periksa dan tanya kepada pengedar lain. Ia akan menghasilkan data yang kuat terhadap pilihan.
* Jangan terburu-buru
Jadikan membeli kereta bagikan satu hobi. Kunjungi beberapa penjual di beberapa kawasan sebelum mula berbincang. Cubalah uji pandu kenderaan dari pelbagai jenis. Ajak teman yang arif supaya dapat menilai kenderaan hendak dibeli.
* Kunjungi syarikat kenderaan terpakai apabila penjualnya tidak sibuk supaya dia dapat memberikan tumpuan kepada anda
Tinggalkan syarikat berkenaan apabila anda tidak mencapai harga dikehendaki. Berikanlah nombor telefon kepada penjual itu jika dia mengubah pendirian menerima harga anda kehendaki.
* Berfikiran positif
Ketika berbincang, jangan berfikir negatif atau banyak berbohong.
* Lakukan perbincangan dengan mesra dan sabar Ketika memulakannya jangan ceritakan jenis kereta diinginkan, katakan anda belum tahu sama ada hendak memilikinya dalam keadaan terdekat walaupun ia sudah menjadi agenda. Bukan berbohong, tetapi ia adalah satu teknik memulai perbincangan.
* Penutup yang baik
Penutupan adalah bahagian akhir dari sesebuah perbincangan. Apabila sudah berkomunikasi dan berbincang anda sudah dapat menilai kereta yang bakal dibeli. Katakan kepada penjual anda akan memikirkan semula kereta berkenaan dan menghubunginya selepas membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment