BAGI pesakit yang menggunakan ubat dan alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur dan faraj, huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut:
Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah:
* Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
* Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
* Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu;
* Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;
* Pendermaan atau pemindahan darah;
* Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
* Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
* Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
* Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
* Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan proses menelan;
* Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;
* Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
* Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
* Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
* Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.
Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:
* Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
* Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
* Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan `urinary catheter' untuk rawatan sumbatan salur kencing);
* Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
* Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
* Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.
Sumber: Buku Panduan Berpuasa Pesakit terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Doa Ramadan
Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan-Mu tempat berlindung orang yang berharap"
4 comments:
info yg berguna...terima kasih ye kongsi....
info yg berguna...terima kasih ye kongsi....
info yg berguna...terima kasih ye kongsi....
Thanks.. sgt2 berguna :-)
Post a Comment