Saturday, September 5, 2009

Panduan bacaan pada tayar

JIKA kita lihat pada dinding tepi tayar, pasti akan nampak tulisan siaz tayar tersebut dan diikuti oleh beberapa abjad dan juga nombor.

Ramai yang masih tidak tahu apa maksud nombor dan abjad tersebut dan minggu ini kita akan bincangkan apa informasi yang kita dapat dari tulisan tersebut.

205 / 55 R 16 91 V XL

205: Ini ialah lebar tayar dalam milimeter, dari sisi ke sisi.

55: Ini ialah aspect ratio atau Series. Ia bermaksud ketinggian dinding tayar dalam bentuk peratusan berbanding dengan lebar tayar. Contoh di sini ialah 55 peratus (atau 55 series) dari 205mm (lebar) ialah 112.75mm (ketinggian sebenar dinding tayar dalam mm).

R: Memberi maksud jenis rangka binaan tayar ini. R bermaksud Radial, dan digunakan oleh kebanyakkan kereta penumpang.

16: Diameter rim/roda dalam inci. Contoh di sini bermakna tayar ini untuk rim bersaiz 16 inci.

91: Ini ialah Indeks Beban (Load Index), dan 91 bermaksud satu tayar ini boleh menampung sebanyak 615kg.

V: Ini ialah simbol kelajuan (Speed Symbol atau SS). Semua tayar mempunyai indeks ini dan jika ia digunakan melebihi had, tayar berkemungkinan meletup. Paling sering digunakan ialah H, tetapi tayar berprestasi tinggi menggunakan V atau Z.

XL: Ada sesetengah tayar datang dengan tulisan ini, yang bermaksud Extra Load. Ia direka untuk beban dan tekanan udara yang tinggi dari versi standard.

3 comments:

miemiey said...

ooooooooooo...biasa miemiey tak tau apa 2 pasal tayar ni..begini upenya...ermmm,,,,,,,,,,

kayryco said...

Thank u for sharing bro! :)

kayryco said...

Thank u for sharing bro! :)