Wednesday, September 16, 2009

Apa itu petrol RON95?

BAGI semua pemilik kenderaan, RON95 mungkin nama yang agak asing tetapi bagi mereka yang berada dalam industri permotoran, ia adalah merujuk kepada gred petrol. RON ialah singkatan bagi `Research Octane Number'.


Ketika ini, RON95 menjadi buah mulut ramai kerana bermula 1 September nanti, syarikat minyak akan memansuhkan jualan petrol RON92 dan menggantikannya dengan RON95.

Peralihan ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk menaik taraf standard petrol di Malaysia. Tahun-tahun sebelum ini, petrol hanya boleh didapati dalam gred RON92 dan RON97 sahaja, dan harganya disubsidi.


Harga di pam bagi petrol RON95 akan terus disubsidi sementara bagi petrol RON97 akan berlaku peningkatan harga kerana subsidinya tidak akan disediakan lagi.


Bagaimanapun, hal ini tidak seharusnya merunsingkan pengguna jalan raya kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa ada apa-apa masalah atau kehilangan kuasa.


Pada asasnya, RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran (combustion process). Semakin tinggi RON, petrol itu lebih susah terbakar sehingga ia dinyalakan oleh percikan.


Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan biasanya dinyatakan di dalam buku Manual Pemilik dan kadangkala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak. - Daripada Caltex


Penggunaan RON yang salah akan membuatkan enjin kita mengalami masalah `knocking'. Apa itu `knocking'?


Jawapan: `Knocking' ialah bunyi `ketukan' akibat pembakaran tidak normal yang bukan disebabkan oleh percikan palam pencucuh.


Bahagian terakhir campuran minyak yang tidak terbakar terbakar secara spontan dan membakar dengan pantas, menyebabkan tekanan di dalam silinder naik dengan cepat. Ini yang menyebabkan bunyi ketukan itu.


Apa akan terjadi jika kita terus membiarkan masalah `knocking' berlaku pada enjin kita?


Jawapan: Masalah `knocking' yang sedikit tidak akan merosakkan enjin tetapi ketukan yang kuat dan berterusan akan menyebabkan kehilangan tenaga dan kepanasan melampau pada beberapa bahagian enjin, bunyi yang kasar dan enjin akan musnah. Enjin moden menggunakan modul kawalan elektronik yang mempunyai sensor ketukan untuk menghilangkan bunyi tersebut. Bila ini berlaku, daya pecutan dan juga kuasa akan berkurangan sedikit.


Bagaimanakah kita mampu mengesan `knocking'? Dengan gegaran? Bunyi ketukan? Bila bunyi itu berlaku?


Jawapan: Bunyi ketukan akan kedengaran bila masalah `knocking' berlaku pada enjin yang tidak mempunyai sensor `knocking'. `Knocking' berlaku bila minyak petrol yang digunakan mempunyai kadar RON yang lebih rendah dari apa yang enjin itu perlukan. Ia sering terjadi bila enjin dalam keadaan tertekan, seperti menarik beban mendaki bukit atau ketika sedang memecut.


Jika kereta saya dikatakan sesuai dengan RON95, adakah saya akan mendapat tenaga yang lebih jika saya menggunakan minyak RON97 yang lebih mahal?


Jawapan: Secara amnya, tidak. Jika anda memang menggunakan minyak yang mempunyai kualiti yang rendah sebelum ini, penggunaan minyak yang mempunyai RON tinggi mungkin dapat membersihkan enjin anda yang kotor dan memperbaiki prestasi enjin anda. Kerana itu Caltex mencipa bahan aditif istimewa dan juga kuat yang dipanggil Techron. Techron membantu membersihkan dalaman enjin dan melindungi enjin, Aditif Techron yang menggunakan polyether amines (PEA) melawan deposit kotoran dalam sistem kemasukan enjin dan meminimakan deposit kekotoran.

2 comments:

dkama said...

Selamat hari rayabuat sharifah... Dkama mohon ampun dan maaf zahir dan batin... Berhati-hati di jalan raya... Jangan lupa isi petrol sebelum balik kampung... PEACE...

sharhanah said...

selamat Hari Raya buat dkama jugak. Hati-hati turun Bukit Genting tu yer. Hihihi, no petrol, no RAYA ler..