My Followers

Menjaga kebersihan sumber air

* 65% - 70% badan manusia adalah air.
* 75% daripada otak manusia adalah air.
* 97% air di dunia adalah air laut (air masin).
* 3 % adalah air tawar dan daripada jumlah ini hanya 0.3% adalah air permukaan yang boleh digunakan untuk kegunaan manusia.
* Manusia hanya boleh hidup tanpa air untuk 5 - 7 hari.
* Pengguna Malaysia hanya menggunakan 15 hingga 18 billion m3 (meter padu) air untuk kegunaan tahunan tetapi air hujan yang di terima di Malaysia yang tidak digunakan adalah 990 billion m3.

Dalam keadaan ini bagaimana kita menjaga sumber air kita?

* Jangan membuang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Pembuangan sampah ke parit dan longkan akan sampai ke sungai atau tasik juga.
* Gunakan bahan pencuci yang mesra alam. Ini mengelakkan kesan pencemaran kepada air.
* Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak. Kemasukan bahan-bahan ini ke dalam sungai menyebabkan pencemaran serta boleh menyebabkan keracunan.
* Pembuangan bahan berminyak ke dalam longkang patut di elakkan, bahan-bahan ini akan sampai ke sungai juga. Minyak tidak terbiodegrasi dengan senang.
* Pencemaran air boleh membunuh hidupan akuatik dan juga tumbuhan sekeliling.
* Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika aktiviti pembuangan haram atau pencemaran dijalankan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
* Pastikan air kumbahan dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Bahan-bahan dalam kumbahan boleh menyebabkan air sungai sukar untuk di rawat untuk di minum.
* Jalankan aktiviti dengan penduduk tempatan untuk menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik atau sumber air yang lain.

Walaupun penjagaan sumber air adalah penting, sebagai pengguna kita juga patut menjimatkan penggunaan air yang di rawat. Penjimatan air dapat mengelakkan penggunaan kos yang tinggi untuk perawatan air.
Post a Comment