Saturday, August 22, 2009

Keselamatan kanak-kanak dalam talian

DIDIK anak anda tentang keselamatan dalam talian Internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai komputer di rumah, temasuklah anak anda. Adalah penting bagi anda mengajar anak anda cara untuk menjadi selamat semasa mereka dalam talian mencari maklumat, berbual dengan rakan atau bermain permainan dalam talian.


Berikut adalah beberapa tip untuk ibu bapa mendidik anak mereka mengenai keselamatan Internet:


* Galakkan anak anda menceritakan pengalaman mereka menggunakan Internet kepada anda.


* Beritahu anak anda untuk menceritakan kepada anda perkara mengenai Internet yang membuat mereka rasa tidak selesa.


* Jika anak anda melawat bilik bual, gunakan program permesejan segera (IM), permainan dalam talian, atau aktiviti-aktiviti lain di Internet yang memerlukan nama daftar masuk untuk memperkenalkan diri, bantu mereka pilih nama itu dan pastikan ia tidak mendedahkan maklumat peribadi mengenai mereka.


* Tekankan kepada anak anda supaya tidak memberikan alamat, nombor telefon atau maklumat peribadi lain, termasuk di mana mereka bersekolah atau di mana mereka suka bermain.


* Didik anak anda bahawa perbezaan antara yang baik dan yang buruk tetap sama dalam Internet seperti di dunia sebenar.


* Tunjukkan kepada anak anda cara menghormati orang lain dalam talian. Pastikan mereka tahu bahawa peraturan untuk bersikap baik tidak berubah hanya kerana mereka menggunakan komputer.


* Tekankan kepada anak anda untuk menghormati hak milik orang lain dalam talian. Terangkan bahawa membuat salinan kerja orang lain - muzik, permainan video, dan program lain - sama dengan mencuri dari kedai.


* Beritahu anak anda yang mereka tidak boleh menemui rakan dalam talian secara bersemuka. Terangkan bahawa rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka.


* Didik anak anda bahawa tidak semua yang mereka baca atau lihat dalam talian adalah benar. Galakkan mereka untuk bertanya kepada anda jika tidak pasti.


* Kawal aktiviti dalam talian anak anda dengan perisian Internet yang terkini. Kawalan ibu bapa boleh membantu anda menapis kandungan berbahaya, mengawasi tapak yang dilawati oleh anak anda, dan mengetahui apa yang mereka buat.


* Jangan benarkan mereka mengepos gambar sendiri atau gambar ahli keluarga.


* Jangan berikan kata laluan atau nombor kad kredit kepada sesiapa.


* Jangan terima tawaran hadiah atau terima jemputan ke rumah anda.


Melindungi anak anda dari pemangsa dalam talian Internet sudah menjadi bahagian yang penting dalam hidup kita, kita gunakannya untuk bekerja, bermain dan belajar tetapi kita juga mesti mengetahui keburukannya sama seperti masalah dunia sebenar yang boleh memberi kesan kepada anak anda. Bincang dengan anak anda mengenai pemangsa seksual dan potensi bahaya dalam talian.


* Anak kecil tidak boleh menggunakan bilik bual - bahayanya cukup besar. Apabila mereka semakin besar, halakan mereka ke bilik bual yang diawasi dengan rapi. Malah galakkan anak remaja anda menggunakan bilik bual yang diawasi.


* Jika anak anda menyertai bilik bual, pastikan anda tahu yang mana satu mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual. Awasi kawasan bual itu sendiri untuk melihat jenis perbualan yang berlangsung.


* Arahkan anak anda supaya tidak sekali-kali meninggalkan kawasan awam dalam bilik bual. Kebanyakan bilik bual menawarkan kawasan peribadi di mana pengguna boleh berbual satu-dengansatu dengan pengguna lain - pengawas bual tidak boleh membaca perbualan ini. Ia biasanya dirujuk sebagai kawasan "berbisik".


* Pastikan komputer yang disambung pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah, dan bukan di dalam bilik anak. Sukar untuk pemangsa menjalankan hubungan dengan anak anda jika skrin komputer mudah dilihat. Walaupun komputer berada di ruang umum di rumah anda, duduk dengan anak anda semasa mereka berada dalam talian.


* Semasa anak anda masih kecil, mereka perlu berkongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel sendiri. Apabila mereka semakin besar, anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk menetapkan alamat e-mel berasingan, tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.


* Jika semua langkah pencegahan gagal dan anak anda tetap menemui pemangsa dalam talian, jangan salahkan mereka. Penjenayah itu harus bertanggungjawab sepenuhnya. Ambil tindakan tegas untuk menghalang anak anda daripada menghubungi orang itu lagi.


Sumber : www.esecurity.org.my

No comments: