RAMAI yang kurang mengetahui bahawa susu kambing terutama susu dari New Zealand adalah lebih baik berbanding susu lembu.
Di samping memiliki kebaikan yang sama dengan susu lembu, susu kambing New Zealand baik untuk kulit manusia dan sesuai dijadikan produk penjagaan kulit.
Itulah sebab susu kambing New Zealand digunakan sebagai bahan utama produk penjagaan kulit Belina. Antara fakta penting untuk diambil perhatian ialah:
* Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang membantu menyokong fungsi penghadaman serta memperbaiki kesihatan kulit agar kelihatan cerah dan berseri.
* Susu kambing dalam produk sabun kecantikan Belina juga mengandungi asid kaprik dan kaprilik yang mengimbangi kandungan alkali secara semula jadi, sesuai dengan tahap alkali dalam epidermis manusia. Ini menjadikan kulit dan rambut kekal lembap bagi mengelak masalah yang biasa dialami dengan produk sabun dan syampu biasa.
* Susu kambing kaya dengan protein, vitamin dan mineral serta amat berkhasiat untuk kulit. Ia membantu untuk melembap dan melembutkan kulit secara semula jadi.
* Susu kambing amat lembut dan menyamankan serta sesuai terhadap semua jenis kulit manusia.
* Susu kambing ialah pemutih kulit semula jadi kerana memiliki sifat pemuliharaan dan meremajakan semula kulit.
* Sabun susu kambing sering disarankan pakar dermatologi untuk pesakit mereka yang mengidap penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema dan jerawat
Semasa pengilangan, bukan mudah untuk menghasilkan sabun susu kambing berkualiti di samping mengurangkan kadar pHnya bagi membantu mengekalkan kadar pH kulit pengguna.
Menerusi penyelidikan berterusan, rumusan yang baik, teknologi dan proses pengilangan juga penting dalam menghasilkan produk penjagaan kulit yang berkualiti.
Syarikat Belina memulakan pembuatan produk berkualiti sejak 1966 di New Zealand.
Di Malaysia, syarikat berkenaan sudah pun menjual jutaan sabun kecantikan susu kambing sejak penubuhannya pada 1982 sebagai satu barangan jualan terbesar negara.
Susu kambing juga serasi dengan pemakanan dan sesuai untuk individu berumur lebih setahun. Ia kaya dengan sumber kalsium, asid triptofan, protein, fosforus, riboflavin, kalium serta vitamin A, B1, B2, B12 dan D.
Susu kambing memiliki 2.1 protein lebih daripada susu lembu, 2.2 kali lebih kalsium, 3.8 kali lebih tinggi vitamin A, dua kali lebih zat besi, 2.1 kali lebih kalium dan 2.2 kali lebih natrium
Pengetahuan terhadap kadar peratusan susu kambing amat penting ketika membeli tablet susu kambing. Tablet susu kambing asli New Zealand Belina mengandungi 2.2 kali kekuatan daripada tablet biasa.
Tablet Susu Kambing Asli Belina didatangkan dalam tiga jenis pembungkusan iaitu 50, 100 dan 200 tablet untuk setiap botol.
No comments:
Post a Comment