Monday, July 20, 2009

Pilih persalinan selesa, serap peluh ketika di gimnasium

Linda, bila projek kita nak berjalan nie ekkk? seluar dah beli... kasut pun dah ada... hihihi... gym tu dah penat lambai kat kita la.... apa2pun, pastikan pakaian yg selesa ya...

DALAM dunia kecergasan, pilihan pakaian senam yang betul sama penting dengan rutin yang mahu dilakukan. Pakaian senam termasuk jenis kasut sukan yang tidak sesuai boleh memberi perbezaan dalam keputusan atau tindak balas rejim kecergasan anda. Pada masa sama, tentu anda mahu kelihatan segak dan selesa ketika bersenam.

Lelaki yang aktif bersenam pasti memerlukan pakaian sukan terbaik - tidak kira senaman di luar atau dalam gimnasium. Hendak mencari pakaian senam yang sesuai, bukanlah sukar tetapi lebih elok jika anda mempunyai maklumat asas atau tip memilih baju senam.

Diharap maklumat ini dapat membantu anda tampil segak dan selesa ketika bersenam!

TIP

1. Pilih kasut sesuai. Ini adalah perkara asas untuk memperoleh senaman yang baik. Pilih kasut yang mempunyai pijakan dan tapak bagus, tidak terlalu berat dan jika boleh, kasut yang disyorkan jurulatih kecergasan.

2. Utamakan keselesaan. Kebanyakan orang lebih gemar menyarung kemeja-T sederhana besar dan tidak terlalu ketat. Ada juga lebih selesa dengan baju yang diperbuat daripada fiber sintetik atau material jaring supaya perpeluhan lebih mudah.

3, Pilih seluar pendek fleksibel dan tidak begitu mendedahkan. Seluar pendek yang terlalu labuh mudah bergeser dengan lutut atau mengganggu pergerakan kaki. Seluar pendek yang terlalu longgar pula mudah terselak apabila berbaring dan seluar pendek terlalu ketat boleh mengganggu gerakan senaman. Lebih baik pilih seluar pendek dari jenis spandex.

4. Stokin adalah kemestian apabila bersenam. Pilih stokin yang pendek hingga paras buku lali dan pastikan ia nipis. Stokin tebal dan panjang hanya akan menyebabkan anda berpeluh lebih banyak, menutup pori kulit dan mengganggu apabila perlu mengangkat kaki.

5. Bawa tuala. Beg pakaian harus dilengkapi dengan tuala kecil. Selain itu, penggunaan jam tangan sukan, alat yang boleh menunjukkan kadar degupan jantung atau pemain muzik iPod juga boleh menjadikan penggerak motivasi ketika bersenam.

Selamat bersenam!

2 comments:

Anonymous said...

матери сыновья секс
porno fakes
секс изверги
тайный секс
видео ролики извращения
секс дубна
секс машины продажа
порно топалова
школьницы видео бесплатно
порно попки

Anonymous said...

I apologise, but, in my opinion, you commit an error. Write to me in PM.