My Followers

Manfaat berjalan kaki

Cara senaman berjalan kaki yang betul... Jom amik tau!
RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

* Berat badan stabil (like me... hihihi)

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

* Menurunkan berat badan

Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan laju secara rutin.

* Elak serangan jantung

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku pembuluh darah ke jantung.

* Angin ahmar atau strok

Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan laju dengan strok, namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak dua daripada tiga kes.

* Mencegah kencing manis

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar enam kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

* Mencegah osteoporosis

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

* Meredakan sakit lutut

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

* Tekanan

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

* Kanser

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

TIP

JALAN LAJU

* Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa. (makesure... betul2 selesa. Mahal pun tak guna kalau kaki sakit... aku dah penah terkena neh... huhuhu)
* Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata. (kat tepi tasik.. besttt)
* Langkah betul.
* Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju.
* Gerakkan lengan ketika berjalan.
* Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu.
* Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman.
Post a Comment