Wednesday, July 22, 2009

Diskaun hebat karnival beli-belah mega


BANYAK tawaran dan diskaun hebat boleh dimiliki pengunjung sepanjang Karnival Beli-Belah Mega di Mid Valley Megamall sehingga 31 Ogos ini.

Menerusi karnival berkenaan, lebih 430 kedai serta 23 kedai utama mengambil bahagian dan apa yang pasti, ia bakal memberi keistimewaan tersendiri kepada pengunjungnya.

Dengan penganjuran karnival berkenaan, pengunjung berpeluang mengetahui kewujudan kedai baru di gedung beli-belah itu yang selama ini tidak disedari.

Antara kedai yang boleh dikunjungi ialah Chala-Moda Espanola, jenama fesyen dari Sepanyol, Wild Channel mahupun Banana Peel sebelum menjengah butik XIXILI dan Valentino Rudy.
Namun, dalam keseronokan membeli-belah pada harga murah, jangan lupa membeli keperluan si kecil tersayang.

Tidak sukar untuk mencari butik fesyen kanak-kanak di gedung beli-belah ini kerana pelbagai jenama boleh didapati dengan himpunan fesyen terkini yang menepati cita rasa si kecil.

Antara kedai yang menawarkan pelbagai fesyen menarik ialah F.O.S Kids and Teen serta jenama pakaian kanak-kanak terkenal dari United Kingdom, adamkids.

Untuk hiburan sekeluarga pula, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai cakera video digital (DVD) dan cakera padat Blue Ray di Movie Magic. Jika mahu membaiki kerosakan peralatan komputer pula, kakitangan Veneta System sedia membantu mengatasi masalah berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga boleh berehat sebentar sambil menghayati urutan lembut di Thai Odyssey, merendam kaki di Kenko Refloxology & Fish Spa atau mengembalikan tenaga di stesen Osim, Ogawa, OTO Bodycare serta MAB Shoppe.

Apabila perut sudah berbunyi minta diisi, pengunjung boleh menuju ke pelbagai restoran yang ada. Jika mahu mencuba kelainan, apa kata bawa keluarga ke Krispy Kreme Doughnuts and Coffee di aras bawah atau menjamah keenakan roti di kedai Roti Boy serta hidangan tempatan lazat di The Warung sebelum menikmati hidangan pencuci mulut buah-buahan di Fruitsticks.

Apa yang menarik di karnival berkenaan ialah kewujudan karakter raksasa comel pelbagai bentuk dan warna yang diletakkan di beberapa lokasi strategik di seluruh gedung itu.
Setiap aras pusat beli-belah berkenaan menawarkan pelbagai potongan harga yang mampu membuatkan pengunjung terus singgah dari kedai ke kedai.

Di samping itu, pembeli juga berpeluang mendapat tiga kali mata bonus ganjaran apabila membeli-belah dengan menggunakan kad kredit HSBC dan peluang memperoleh pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah yang diadakan.

Begitu pun, untuk menyertai cabutan bertuah itu, pengunjung perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 dalam satu resit (pemegang kad kredit MasterCard, RM200) dan menebusnya di kaunter disediakan.

Menerusi semua tawaran itu, Mid Valley Megamall perlu menjadi lokasi terbaik jika mahu berbelanja sempena karnival jualan mega yang sedang hangat melanda negara kini.
Apa yang pasti, menghabiskan seharian di gedung mega itu memang tidak mencukupi kerana setiap arasnya penuh dengan tawaran yang tidak diduga pengunjung.

No comments: