Friday, July 10, 2009

Balik kampung

Kali nie balik kampung siap ada misi yang perlu dibereskan... hihihi... misi adalah, menghabiskan segala buah-buahan tempatan yang ada di sekeliling rumah ku itu.
Pas Isyak, baru aku bertolak balik ke kampung. Letak si Adik ngan kakak dalam car seat.... tak sampai tol Duta pun, si Adik dah lentok kat belakang. Si Kakak, masih duk layan perasaan hihihihi...Adakah misi ini akan berjaya??? kita layanzz sampai abesss. Jom kita pi Penang! Let's go!!

Ni haaa... hasil tuaian tahun nie.... sebenarnya, aku balik dah ujung2 sangat. Tinggai saki baki jer. Ayah ler yang rajin menanam pokok2 kat sekeliling rumah tu. Macam2 ada kat tanah sekangkang kera tuh. (Tak sempat nak snap isinya.... dah masuk perut daa....)

Hahaha... pokok asam buluh nie, dari aku takdak sampai aku beranak 2 masih teguh berdiri kat belakang rumah aku tu. Bape la usia pokok ni kan? Wow! Masih berbuah. Aku petik sket utk wat balik kl. Nak wat masak lomak versi utara laks.

Besh! Rambutan takde bijik. Petik, gigit, telan jer... Anak sulung ku teruja bila dapat makan buah rambutan nie tau... Tapi, si adik ler yang suka makan... sampai sekarang kena selsema dan batuk2. Kejamnyer mama dia.

Walaupun masih ijau, tapi dah masak dah... lau ranum, dah jadi kaler kuning. Takde kaler2 merah tau! Pokok rambutan nie la antara pokok paling glamer di antara pokok2 rambutan yang ada kat area rumah aku.

Manggis ni putik lagik tau. Nampak tak getah dia??? yang masak sume ujung2 julai... kamera aku leh snap yg dekat2 n manja2 jer.... Besh giler layan manggis ni, sampai tak sedar anak dara sulung ku dah nampak aku dari jauh duk mengutip buah manggis. Si Abah laks, tolong kait buah.

Petang sket, kitaorg gi Bukit Bendera! Ntah kali ke berapa aku terjah ke situ. Busannnn.... tapi, hubby dah mengidam, ikut ler gak. Kebetulan, anak2 aku 1st time mai sini. Layan gak la... Si kecik laks, lemas duduk reramai dalam keretapi kabel tuh. (Apa kebenda la menatang yang bergerak slow tu kan... fikir adik)

Ni view kat Pulau Betong, Balik Pulau. Jalan nak ke Pasir Panjang. Jalan dah cantik. Masa zaman aku masuk Pengakap, jalan nie tak bertar pun.

BIGFOOT!!! Ekekeke... adik kena dera berjalan atas pasir pantai untuk menguatkan lututnya... sebabnya, adik belom buleh berjalan walaupun dah berusia setahun sebulan. Risau mama diaaa... Pas berjalan sepanjang pantai, hari ni, adik dah boleh berjalan. TAHNIAH adik!

Tengok tu, si adik maintain jer... si Kakak takmo pijak pasir pantai. Jenuh kena memujuk. Menangis2 nak "atam" jer... hihihi... ayat dia ler tu.. suruh dukung.
Huhuhu... penat sungguh kali nie balik kampung. Misi aku??? Makan buah sampai demam.


5 comments:

Meooo Comicore Club said...

erm, bestnye

sharhanah said...

hihihi... balik kg 3 bulan sekali... mana tak beshnyer. Seminggu dah balik kl, tapi bau durian, masih melekat kat kete tuh.

eiza in the house.. said...

bestnya..adik dh pndai jalan..
lepas nie cepat2 bg berlari lak ekk =)

edrina said...

bestnya durian sana mmg sedap.. kg sharhanah kat balik pulau ker?

sharhanah said...

eiza in the house..: huhuhu... lama gak ler adik nak buleh berjalan.. ni dah dapat kaki, mmg suke diaaaa..

edrina: sy org balik pulau.. musim buah, mmg berbaloi balik kg.