Friday, June 19, 2009

Tayar bocor secara semula jadi

ADAKAH anda tahu bahawa udara akan keluar secara semula jadi dari tayar anda?

Tekanan udara di dalam tayar akan turun secara semula jadi lebih kurang 10 hingga 20 kPa setiap bulan.

Oleh itu tekanan udara tayar perlu diperiksa kerap, paling kurang sebulan sekali (lebih baik seminggu sekali untuk mengesan kebocoran).

Periksa tekanan tayar yang sesuai untuk kenderaan anda. Kemudian periksa tekanan udara pada tayar yang sejuk. Paling baik, lakukan pada sebelah pagi sebelum memulakan perjalanan.

Ambil air sabun dan lalukan pada injap udara untuk memeriksa kebocoran. Lalukan air sabun pada kepala injap dan jika air sabun tidak melekat, itu bermakna kebocoran kecil berlaku.

Tutup kembali injap dengan penutupnya supaya debu atau pasir tidak masuk dan merosakkan injap.

Untuk pengurangan kehilangan udara yang banyak, Bridgestone mencadangkan penggunaan gas nitrogen. Ia lebih lambat menyerap keluar daripada tayar dan memberikan pengendalian yang lebih baik kerana lebih stabil.
Tip penjagaan tayar

UNTUK mengetahui samada tayar anda masih mempunyai bunga yang mencukupi, ambil duit 20 sen dan masukkan di celah bunga tayar anda.

Jika perkataan "20 SEN" tidak boleh dibaca, ini menunjukkan bunga tayar anda dalam keadaan optimum.

Jika perkataan itu boleh dibaca dengan jelas (tidak terlindung oleh ketebalan bunga), tayar anda sudah sampai tahap kritikal dan perlu diganti.

3 comments:

dkama said...

patut ar bunga tayar dkama makin kurang...

sharhanah said...

kena tambah bunga :)

Unknown said...

isi dengan Amerseal produk USA yang kami perkenalkan untuk pasaran Malaysia. Amerseal Malaysia