My Followers

Sejarah getah di Malaysia

Pagi tadi, ushar tayar kete jap... erm... tingat ayah kat kampung. Ayah masih menoreh... ade la, 10 batang pokok getah, ayah sewa/pajak daripada jiran... Sejak harga getah menjunam, ayah jarang dah nak menoreh. Ingat lagih, masa harga getah melonjak, penat jer ayah menoreh pepagi, tengahari... pergi lagi membeku getah, hasilnya... getah sekerap... Itu pun, budak2 muda duk mencuri... apa nak jadi la belia sekarang?? malas keje, rajin plak mencuri hasil keringat orang lain... tak malu sungguh budak2 tu, tak malu pada ayah ku yang sudah berumur 72tahun!Erm... dolu2, ayah buat getah keping, kakak2 n abang aku la yang rajin tolong ayah mesin getah. Aku tengok jer proses2 tu sume. Tau ler sedikit sebanyak pasal GETAH. Masa tu aku still kecik lagih. Jadi peneman jer. Huhuhu... zaman penuh emosi... stop jer la...Jom layan sejarah pokok getah ni laks.

POKOK getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini.

* Pokok getah mula dijumpai di Hutan Brazil. Kini pokok getah banyak ditanam di negara Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia. Anak getah mula di bawa masuk ke Malaysia dari Brazil pada 1877 daripada spesies Hevea Brasiliensis.

* Pada 1877 sebahagian biji getah ditanam di Sri Lanka dan kemudian ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang lain.

* Penanaman getah secara komersial di Malaysia bermula pada 1902 dan terus berkembang hingga menyumbangkan pendapatan eksport paling tinggi bagi Malaysia sehingga 1970-an. Justeru, Malaysia menjadi pengeluar getah utama di dunia selepas Indonesia dan Thailand.

Mengenai bentuk getah

* Kepingan getah dijual kepada pembeli tempatan. Susu getah menjadi beku dengan mencampurkan asid formik, digelek dalam mesin penggelek.

* Kepingan getah yang diasap di rumah asap dijadikan getah asap keping berbunga.

* Susu getah cair dipanggil lateks. Lateks dijual kepada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC), sebuah agensi kerajaan.

* Agensi kerajaan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menggalakkan pekebun kecil membangunkan kebun secara kelompok. Bantuan penanaman semula diberikan.

* Kontraktor dilantik untuk membantu menanam getah di kawasan terbiar dan pokok getah tua.

7 comments:

nohas said...

Kuala Kangsar..kampung halaman teman.

Getah komoditi yg penting dlm kehidupan manusia, tapi harganya begitu murah, tak setimpal dgn perit jerih penoreh..

meo188 said...

wah, macam info pertanian gitu2.... :)

dkama said...

takde getah maka aku tak kenal selipar...heheh... Orang yang memula bawak getah dari brazil ke malaysia bernama HN Ridli... iaitu seorang mat saleh berkepala botak macam tayar keta aku... hehehePEACE...

SharHanah said...

nohas: yer la... tak berbaloi langsung.

meo188:hihihi... sesaje jer nak tambah pengetahuan, kekadang kita mudah LUPA asal usul sesuatu perkara

dkama: kena tukar cepat2 tayar tu dkama :)biar berbunga2. selamat!

amsaz said...

hidup tanpa cinta ibarat malam tak berbintnag,,,,,aku dibesarkan dari hasil getah dan aku suka tolong proses getah keping masa kecil dulu....kenangan tak pernah melupakan peristiwa.

Anonymous said...

thank you for sharing info pasal getah.. very appreciate it :)

Anonymous said...

Tumpang tanya..kenapa orang da xnak menoreh getah agaknya ya?