Sunday, June 21, 2009

Lampin kain moden

COMEL, mudah dan jimat. Itulah antara kelebihan yang dapat disimpulkan saat pertama kali diperkenalkan dengan koleksi lampin kain moden (clothdiapers) daripada jenama Lunatots.

Bagi ibu bapa moden yang biasa menggunakan lampin pakai buang, perasaan ragu-ragu pasti wujud jika diminta mencuba lampin kain tambahan pula apabila membayangkan betapa rumitnya meladani kerenah si kecil saat lampin basah.

Kaunselor Laktasi Bebas, Siti Nur Suraya Mohamed Ali, berkata pemakaian lampin kain moden menjadi pilihan ibubapa di Barat kerana selain boleh dibasuh dan menjimatkan, lampin kain moden juga selamat untuk bayi dan alam sekitar.

"Berbanding lampin kain moden, penggunaan lampin pakai buang memerlukan kos berterusan. Malah semakin baik daya serapan lampin berkenaan, harganya juga bertambah mahal.

Bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak kecil, perbelanjaan sedemikian tentunya sangat membebankan.

"Bagaimanapun, rasa prihatin terhadap kesihatan jangka panjang bayi dan kepentingan menjaga alam sekitar menyebabkan ramai ibu bapa di negara ini mula beralih kepada lampin kain moden," katanya.

Kata Siti Nur Suraya, lampin pakai buang diperbuat daripada plastik dan kertas. Sehelai lampin berkenaan mengambil masa sehingga 500 tahun untuk reput dengan sendirinya manakala lampin kain diperbuat daripada bahan kapas lebih selesa dan selamat.

Selain itu, lampin pakai buang juga mengandungi bahan kimia antaranya dioxinyang juga toksin bersifat karsinogen iaitu penyebab kanser. Ramai tidak sedar, bahan kimia digunakan untuk menyerap lembapan dalam bentuk gel pula diperbuat daripada sodium polyacrylate, penyebab utama ruam dan radang pada kulit bayi.

"Satu kajian yang dijalankandi Jerman mendapati pemakaian lampin pakai buang boleh dikaitkan dengan penyakit asma selain boleh menjejaskan kesuburan bayi pada masa depan.

"Tapi menariknya apabila menggunakan lampin kain ini, bayi anda cepat belajar membuang air kecil sendiri di tandas kerana mereka dapat membezakan antara bahagian basah dan kering daripada kedinginan semulajadi di bahagian dalam lampin kain," katanya.

Artikel akhbar Wall Street Journal pula memberitahu, bayi memakai lampin pakai buang terus menggunakannya sehingga berusia 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain dapat mengawal pembuanganair kecil dan besar setahun lebih awal.

Siti Nur Suraya, berkata ibubapa bekerjaya tidak perlu risau mengenai penggunaan lampin kain kerana ia mudah dibasuh dan diperbuat daripada bahan selamat yang tidak mudah bocor.

Dihasilkan dalam dua rekaan berbeza iaitu lampin kain berpelekat dan lampin kain butang, ia memudahkan ibu bapa. Kelebihan lampin kain berbutang adalah butang boleh laras yang boleh mengubah saiz lampin kepada tiga saiz berbeza sesuai kanak-kanak berusia sehari hingga tiga tahun.

"Lampin kain moden juga lasak dan boleh dibasuh menggunakan mesin basuh malah rekaan dan warnanyaj uga pelbagai dengan lakaran tulisan grafik yang menarik," katanya.

FAKTA

Pengiraan kos penggunaan lampin pakai buang

RM1 sekeping X 6= RM6 sehari
RM6 X 365= RM2,190 setahun
RM2,190 X 3 tahun= RM6,570 untuk seorang anak.

Pengiraan kos penggunaan lampin kain moden
Sehelai lampin kain termasuk lapik= RM45
Beli 12 helai: 12 X 45= RM540
Beli 20 helai : 20 X RM45= RM900

(Lampin yang sama boleh digunakan jika anda menambah bilangan anak. )

INFO
* Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lampin kain, boleh layari laman sesawangLunatots di http://www.lunatots.com/ atau hubungi Siti Nur Suraya melalui emel info@lunatots.com atau 012-5880515.

6 comments:

mama idzareef said...

tgk cam ok..tak try lagi cemane tp cam malas la plak nk kene basuh2 kan.. kalo pampers sennag terus buang jer..

hmm... pssstt... aii bkn takde kesedaran tp org yg terlebih vitamin M kekdahnya.. ;p

Meooo Comicore Club said...

erm, bilelah sye nak kawin dan dapat baby nie... :p

Unknown said...

i luv è environtmental friendly idea.

dkama said...

doakan dkama dapat baby cepat... nanti dkama beli...

sharhanah said...

mama idzareef: hihihi... betul tu! tapi lau difikir2kan balik, 500thn baru pampers pakai buang baru nak lupus secara semulajadi, rasa risau laks, in e future bumi ni penuh ngan pampers2!

meo188: cepat2 ler meo kawin, nnt jangan lupa bagi anak meo pakai pampers moden ni yer!

tunfrida: Me too!

dkama:Yeppp! musti kiut anak dkama pakai pampers ni.

Anonymous said...

Salam..baby pakai CD luna..menang puas..dari lepas pantang sampai skrang dah 8blan..hanya perlu 10CD Luna...