Mahu tidak mahu, mereka terpaksa menyewa ditambah pula jika tinggal di bandar besar. Mengikut trend semasa, nilai sewaan bagi rumah bertanah adalah tinggi berbanding rumah bertingkat, tidak kira pangsapuri atau pun rumah pangsa.
Ketika ini, pasaran sewaan rumah berkembang pesat terutama di bandar besar. Lihat saja di halaman iklan di akhbar mahupun tiang lampu di tepi jalan, begitu banyak iklan yang memberi pilihan untuk membeli dan menyewa rumah, siap dengan harga sekali.
Bercakap mengenai keistimewaan rumah sewa, biasanya bagi kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium, ia menyediakan perkhidmatan yang baik seperti khidmat pengawal keselamatan 24 jam untuk menjamin keselamatan dan keselesaan, di samping mudah, ringkas, praktikal, selesa dan selamat untuk mereka yang menetap berseorangan.
Sementara bagi rumah bertanah seperti rumah teres pula, ia memudahkan penyewa terutamanya bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai bilangan anak yang ramai kerana faktor keselesaan serta persekitaran yang lebih sihat untuk membesarkan anak.
Namun, ada juga masalah bagi sesetengah orang khususnya mereka yang masih bujang untuk mendapat peluang menyewa rumah kediaman gara-gara sikap segelintir pemilik kediaman cerewet yang menetapkan pelbagai syarat.
Antaranya seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat termasuk jumlah mereka menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa.
Bila menyewa pula, trend semasa yang sering diguna pakai oleh pemilik rumah sewa ialah mereka mensyaratkan `undang-undang' 2 + 1, yang mana istilahnya bermakna perlu menyediakan deposit dua bulan dan sebulan untuk pembayaran sewa penginapan bulan pertama.
Ia tidak termasuk dengan caj lain seperti deposit bil air, elektrik, penyelenggaraan dan caj awal tempat letak kereta. Justeru, adalah penting bagi penyewa memahami perjanjian sewa kediaman sebelum memasuki rumah, bimbang dimanipulasi atau kurang kefahaman mengenai perjanjian berkenaan.
Langkah pemilik kediaman menyediakan perjanjian sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.
Hakikatnya, tuan rumah tidak semudah begitu saja menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa pembersih, menjaga harta benda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.
Justeru, adalah penting bagi setiap urusan menyewakan rumah di antara pemilik dan penyewa perlu dilengkapi dengan dokumen penting seperti surat perjanjian untuk kebaikan keduadua pihak. Antara dokumen yang diperlukan adalah borang laporan kerosakan dan borang permohonan sewa.
Selain itu, kita juga perlu menyertakan nombor telefon penting dan notis berpindah keluar di samping perjanjian pengesan aliran tunai hartanah, senarai inventori, senarai semak hartanah dan senarai pindah masuk serta surat selamat menyewa.
Perubahan gaya hidup seseorang banyak bergantung dengan jenis kediaman yang dipilih mereka. Mungkin bagi si bujang, rumah jenis flet, pangsapuri dan kondominium lebih menjadi pilihan kerana lebih ringkas dan praktikal untuk didiami.
Tambahan, di bandar besar seperti Kuala Lumpur faktor harga kediaman semakin meningkat naik sekali gus membataskan pilihan untuk memilih kediaman yang selesa pada harga lebih murah.
Antara dokumen yang diperlukan di antara penyewa dan pemilik rumah.
1. Borang Laporan Kerosakan
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Pindah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Pindah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa
No comments:
Post a Comment