My Followers

Bila dah teringat

Aha, ade menda nak tunjuk kat sini. Ada sesapa kenal pokok nie?? Angkat tangan! Takde??? Nie la pokok Asam Renda. Tak tau ler plak, kat tempat korang dipanggil apa... Sedap, lemak, kelat & masam. Buah asam renda, banyak getah... Basuh cuci-cuci... letak garam & gula sket. Memang marbelesss!

Sebenarnya, aku dah windu sesangat kat dia... mana nak cari? any suggestion? Kat kampung aku, masa kecik-kecik, penah la jumpak 2 pokok... Nak jer, kena la beli & kutip... masa skolah agama ler, rajin bawak letak dalam poket baju kurung. Buat kudap-kudap. hihihi

Uiiii... meleleh air liur gua.... tingat zaman budak2 la pulak! hihihi... aha... dan aku masih mencari pokok 'buah Muyu'... Bila makan, mulut jadi kaler merah... letak gula, nanti, berair lah dia... (dah pupus ke???) penat search tapi tak kejumpaan! Pokok asam renda ni, kiriman seorang jiran saya yer... tima kasih kak shidah no. Duk tunggu gambaq yatYat laks nie. Sejenis keluarga ketam yang berlarian di atas pasir pantai. Goreng sodappp atau aksesori letak dalam bihun. Bila goreng, rangupppp.

Post a Comment