Friday, May 22, 2009

Aku hari ini....

Uwaaaa... tak penah-penah aku mengalami gigi sensitif. Apa la masalah yang jadi macam nie? Fikir punya fikir, langsung tak dapat jawapan. Sedeyyy tul.... last-last aku terbaca dalam myhealth portal nih. Pastu, baru la dapat jawapan. Rupa-rupanya, aku pakai berus gigi yang keras. Patut la, gusi pun berdarah. (tu laa.... jangan kedekut beli berus yang mahal. Walaupun mahal, tapi berbaloi-baloi kan dkama :) Nie, ade sket aku amik dari web tu.. untuk tatapan aku sendiri atau pada mereka yang tengah mengalaminya. (aku ngiluuuu nie....) Memang ngiluuuu.... tak senang duduk dibuatnya! Jom layan jap!

GIGI SENSITIF
Apakah yang dimaksudkan dengan gigi sensitif?
Apakah penyebab gigi menjadi sensitif?
Apa anda boleh lakukan bagi mengurangkan rasa ngilu atau sakit?

Apakah yang dimaksudkan dengan gigi sensitif?
Gigi sensitif adalah gigi yang mengalami rasa ngilu atau sakit akibat pendedahan lapisan dalam gigi (lapisan dentina) atau gusi yang menyusut. Rasa ngilu atau sakit terangsang ketika :

* Mengambil makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
* Memberus gigi.
* Bernafas melalui mulut.
Kesakitan yang dirasai adalah bersifat tajam dan seketika.

Apakah yang menyebabkan gigi sensitif?
Gigi sensitif berlaku kerana permukaan luar gigi (lapisan enamel) haus yang mana boleh disebabkan oleh :

* Pengambilan minuman karbonat atau makanan yang berasid.
* Tabiat mengancing dan mengetam atau mengetap gigi .
* Memberus gigi dengan bulu berus yang keras.
* Memberus gigi terlalu kuat.
* Muntah yang berlaku dengan kerap.

Apakah yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan rasa ngilu atau sakit?
Rasa ngilu atau sakit boleh dikurangkan dengan cara :

* Berus gigi dengan perlahan menggunakan berus gigi yang mempunyai bulu lembut dan ubat gigi khas untuk gigi sensitif. Kesannya hanya boleh dirasai dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu penggunaan.
* Bahan kumuran yang mengandungi flourida boleh menguatkan gigi.

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika rasa tidak selesa masih berterusan.

6 comments:

sharhanah said...

Pasnie, tak nak gosok gigi pakai chokia punyer berus. Nak buang jer. Jahanam gigi tantek i ni tau. Nak beli oral-B laks. Mahal pun i dah tak kisah you.

dkama said...

ehm kalau sakit gigi kompom rasa nak marah jer kan???

mama idzareef said...

btul la..kalo time nk cr berus gigi mesti nk cr yang paling murah je..

sharhanah said...

dkama: sakit memang nak marah-marah jer. Tapi nie, gigi ngiluuuu... nk bercakap pun susah. Tiada lagi ais atau air panas!

mama idzareef: hihihi... nak jimat duit kenkonon, last2 sakit mcm nie, baru tau langit tinggi ke rendah. Saya dah beli berus gigi yang paling lembut. Harap lepas nie, ia kembali normal.

edrina said...

pakai ubat gigi sensodyne tu elok utk gigi sensitif

sharhanah said...

ala kak eD, tgh duk pakai sensodyne tuh. Lagih teruk duk adaaa... sbb pakai berus keras... tak jalan.