Friday, April 17, 2009

Sayur dan ulam penting untuk badan yang sihat

Ulam oh ulam! Aku suka makan nasik berulamkan kacang kelisa (kacang botol), pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus, bendi pun boleh layan gaks. Tapi kenapa, sejak akhir-akhir nie, jarang betul aku makan ulam. Uwaaa... tetiba windu kat kampung... windu masakan mak. Sambal belacan mak buat memang power! Tak penahnyer aku buat sambal belacan sesedap mak. Tak reti... padahal, senang jer. Hidup ulam! hidup sambal belacan!

SAYUR-sayuran adalah antara hidangan yang paling kurang digemari terutama di kalangan kanak-kanak. Malah, golongan dewasa juga ada yang tidak menggemari sayuran walaupun umum mengetahui bahan itu mempunyai vitamin yang banyak serta elok untuk kesihatan.

Tidak dinafikan sayur dan buah juga memainkan peranan bagi sesiapa yang mahu mengurangkan berat badan secara menyihatkan.

Kandungan air dan serat yang tinggi dalam kebanyakan buah-buahan serta sayur-sayuran menjadikannya pilihan terbaik untuk hidangan ringan menyihatkan di samping disajikan dalam hidangan utama.

Vitamin dan khasiat dalam buah serta sayur membantu untuk memperoleh tahap kesihatan yang baik. Serat membuatkan seseorang itu cepat berasa kenyang. Oleh itu, ia memang pilihan bijak.

Serat juga membantu dari segi penghadaman, sekali gus membolehkan tubuh memproses apa yang dimakan menerusi cara menyihatkan.

Bagaimanapun, cara penyediaan dan memasak sebenarnya menyumbang kepada kehilangan vitamin dalam bahan mentah itu.

Ada cara yang boleh diikuti untuk mengelakkan kehilangan banyak khasiat dalam sayur.

Jika ke pasar atau pasar raya untuk membeli sayur, pilihlah yang segar.

Pemilihan sayur-sayuran organik juga satu langkah bijak. Ia mungkin lebih mahal sedikit berbanding sayur-sayuran yang ditanam secara konvensional tetapi sayur boleh digunakan sepenuhnya tanpa perlu membuang batang atau kulitnya.

Antara sayuran organik yang cukup baik adalah sayuran berdaun hijau seperti bayam. Lapisan luar sayuran hijau itu boleh dimakan dengan selamat malah ia mengandungi paling banyak vitamin C.

Untuk kentang organik pula, usah buang kulitnya sebelum memasak kerana kulit kentang organik mengandungi kandungan antioksida yang tinggi.

Jika sayur yang bukan organik, pilihlah yang ada dimakan ulat kerana ia menandakan sayur itu ditanam tanpa menggunakan banyak racun serangga.

Semua sayur-sayuran seharusnya dimasak ketika ia masih segar kerana rasa, rupa dan nilai makanan itu dalam keadaan terbaik. Sebaiknya, ia disediakan sejurus sebelum memasak kerana jika dibiarkan lama dalam air, ia boleh menyebabkan sebahagian khasiatnya menyerap keluar.

Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat saja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya. Elakkan memotong sayur-sayuran kepada potongan kecil, jika boleh usah memotong sayur berkenaan.

Memasak secara mengukus lebih baik jika dibandingkan dengan cara merebus. Kaedah mengukus dapat memastikan zat pada sayur-sayuran itu tidak hilang dengan banyak. Jika mahu merebus, pastikan sayur-sayuran tidak direbus hingga ia lembik.

Selain sayuran yang perlu dimasak, ulam ulaman turut mempunyai khasiat yang banyak termasuk banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat negara ini terutama Melayu sejak turun temurun lagi.

Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Apa-apa beringat dari awal lebih mendatangkan faedah berbanding apabila sudah mendapat penyakit akibat gaya hidup yang tidak sihat.

1 comment:

Shita said...

sayur celur je kejap then mkn dgn nasi n sambal belacan pon dah cukup sedapp..:)