Kadangkala tanpa disangka, seseorang yang muda dan sihat, diserang sakit kronik atau kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja. Di sinilah insurans memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepada seseorang itu.
Mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan untuk mengambil insurans digalakkan mengambil insurans kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang insurans.
Ada pelbagai insurans yang ditawarkan antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am. Insurans yang popular di kalangan pelanggan adalah insurans pendidikan dan hayat.
Jika di takaful yang mengamalkan pelaburan secara Islamik, insurans hayat lebih dikenali sebagai insurans keluarga. Namun kedua-duanya sama saja. Ada sesetengah orang terutama orang Islam bimbang jika insurans yang dilaburkan mempunyai unsur riba tapi sekarang, hampir semua syarikat insurans mempunyai takaful.
Setiap insurans mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan mereka yang mengambilnya. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan semata-mata dan juga perlindungan serta simpanan. Insurans juga berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.
Manakala insurans berbentuk perlindungan, ia memberi perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan.
Beliau berkata, bagi insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan saja terjamin dari segi perbelanjaan kos rawatan, malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.
Contohnya ada syarikat yang membayar sehingga RM100 bagi satu hari jika pelanggannya tinggal di wad. Bayangkan jika mereka terpaksa duduk seminggu.
Jika seseorang itu meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya beliau terima contohnya RM100,000 jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya, yang sudah tentu memberi jaminan kepada anak-anak dan keluarga mereka tetap terjaga dari segi keperluan walaupun pencari rezeki bagi keluarga sudah tiada. Pelanggan juga digalak mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini.
Sejak anak berusia satu bulan, ibu bapa sudah boleh mula mengambil insurans untuk mereka dan apabila sampai tempoh matang, contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM40,000.
Ada pelbagai jenis insurans tetapi ia terpulang kepada pilihan pelanggan jenis yang dirasakan paling sesuai.
Tanpa kita sedari, mengambil insurans adalah satu tindakan yang amat bijak dan seseorang itu boleh mengambil lebih daripada satu jenis insurans jika berkemampuan kerana lebih banyak lebih baik.
Tip-tip
Persiapan hadapi kesusahan
* Mengambil insurans adalah tindakan yang bijak kerana kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri.
* Orang ramai digalakkan mengambil insurans ketika masih muda dan sihat mengikut kemampuan.
* Lebih muda usia bermula mengambil insurans, lebih tinggi pulangan apabila tempoh matang insurans.
* Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan pelbagai syarikat antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.
* Ada takaful yang mengamalkan pelaburan secara Islamik dan pelanggan tidak seharusnya risau mengenai masalah riba yang selalu dikaitkan dengan insurans.
* Insurans terbahagi kepada simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang manakala perlindungan akan mendapat manfaat yang tinggi apabila berlaku sesuatu.
* Insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad dijamin tanggungan perbelanjaan kos rawatan dan boleh mendapatkan bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.
* Jika pemegang polisi insurans meninggal dunia akibat musibah, nilai pampasan insurans akan diserahkan kepada warisnya.
* Pelanggan digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini.
1 comment:
Thanks for some quality points there. I am kind of new to online , so I printed this off to put in my file, any better way to go about keeping track of it then printing?
Post a Comment