* Tempatkan kedudukan perabot utama termasuk almari, katil dan meja belajar menerusi perancangan teliti.
* Elak membeli perabot bersaiz besar untuk bilik si kecil yang sempit kerana aspek praktikal dan keselesaan perlu diambil kira.
* Gunakan kotak dengan reka bentuk menarik untuk menyimpan barangan permainan atau pakaian.
* Perabot rona cerah seperti putih dan krim amat digalakkan dalam menyerlahkan keceriaan bilik si kecil anda.
* Pemilihan langsir sesuai amat penting bagi tujuan keselamatan dan bentuk praktikal dan ringkas boleh mengelakkan kejadian tidak diingini.
* Wujudkan sedikit ruang untuk si kecil bermain dan belajar dengan menjadikan permaidani atau hamparan ambal sebagai kemasan lantai sekali gus memberikan keselesaan.
* Ruang di bawah katil pula boleh dijadikan tempat menyimpan barangan permainan yang jarang.
Bagi anda yang mempunyai bayi pula, aspek penataan bilik perlu dititik beratkan.
* Pastikan katil bayi jenis tahan lasak dan tidak berbucu tajam sementara kemasan catnya pula tidak mengandungi bahan kimia atau toksin bahaya.
* Cat dinding perlu disiapkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehadiran bayi dan pastikan kertas dinding dan cat memudaratkan bayi anda.
No comments:
Post a Comment