Monday, February 8, 2010

Panduan bagaimana memilih Taska terbaik

Ada beberapa tips dan kriteria pemilihan pusat jagaan kanak-kanak.

* Mesti berdaftar.

Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran.

* Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia.

Hasil perbincangan itu puan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.

Pastikan dia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga puan boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas.

Jika dia suka kerja itu, maka anak anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.

* Kebersihan.

Pastikan puan masuk ke dalam kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan memuaskan.

* Bayaran Yuran.

Puan perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika puan lambat mengambil anak.

* Program.

Pastikan pusat itu mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya.

* Takaful.

Pastikan pusat itu mempunyai insurans takaful.

* Kegiatan membabitkan ibu bapa.

Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama?

* Peraturan taska/tadika/pusat jagaan. Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.

* Keceriaan.

Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.

* Fardu ain.

Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu aini. Bagaimanapun, puan perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.

* Bayaran balik.

Puan perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah puan dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.

Bagi anak yang berumur empat tahun, mereka boleh dihantar ke taska, tadika atau pusat jagaan.

Saya lebih suka menghantar anak ke taska kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.

* Senyum selalu. Banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.

Dijawab oleh Rosnah Ahmad, pengurus dan pengusaha taska. Pandangan dan masalah layari www.wanitajimceria.blogspot.com

5 comments:

Nordiana Nordin said...

bagus info ni..saya dah hantar anak ke taska sejak kerja lepas pantang..allhamdulillah, ok..anak memang pandai berkawan..belaja pun pandai skit2..sebab ade modul belajar dia..

Anonymous said...

salam hanah. bagus info ni, knapalah lambat diposkan kalau tidak bolehlah auntie buatbahan rujukan. Auntie tak puas hati sangat2 dengan tadika Abbas Muzafar,tapi nak buat macam mana dah bayar semua baru tahu. ini will be the last year, ingatkan nak tolong melayu rupanya melayu ni nak duit je, kebajikan pelajar tak dijaga.patutlah pelajarnya tinggal tidak sampai separuh dari last year.

sharhanah said...

Nordiana Nordin: Rasanya anak² lebih mendapat didikan di taska. Saya penah antar anak sulung kat taska dalam sebulan jer, dia dah pandai berkawan (dolu² tu, tak nak langsung kat org)...pandai pakai baju sendiri... rasa dia lebih berdikari dari sebelomnya.

Cik Yam: Salam cik yam, hihihi... itu lah, sy pos bila saya teringat saya nak kena cari taska terbaru sebab tak lama lagih saya akan berpindah.... Payah kalau org fikir duit jer, dalam mendidik anak bangsa, tak perlulah terlalu mengira...

amy said...

salam...good info....tgh penin nk pilih taska....harap2 jmp...=)
btw, saya pinjam utk paste dkt blog saye yer....

sharhanah said...

salam Amy........
semoga jumpa taska yang bagus nnt yer...
ok... buleh aje :)