Sunday, January 25, 2009

8 langkah urus kesakitan osteoartritis




KESIHATAN sendi dan tulang adalah sesuatu yang merisaukan apabila usia semakin meningkat. Apatah lagi, kita memerlukan tulang yang berfungsi seperti biasa atau sihat bagi menjalankan dan memudahkan kegiatan harian dilakukan. Namun, seiring dengan peningkatan usia masalah berkaitan kesihatan tulang tidak dapat dielakkan.

Ini termasuklah, masalah osteoartritis (OA) iaitu kehausan atau kemerosotan tulang rawan dalam sendi yang memang menyebabkan kesakitan setiap kali bergerak.

Presiden Persatuan Rheumatologi Malaysia, Dr Muhaini Othman, berkata apabila OA menimpa individu ia memang menyusahkan apabila setiap kali hendak berjalan atau bangun, malah individu berkenaan turut mengalami kesakitan dan biasanya, sakit menjadi lebih teruk lagi akibat pergerakan berlebihan dan lega dengan berehat.

Beliau berkata, OA adalah penyakit sendi atau artritis yang paling umum di dunia dan punca sebenar OA masih tidak diketahui, tetapi antara faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini termasuk umur yang semakin meningkat, obesiti (kegemukan), warisan genetik dan kecederaan lama pada sendi.

"OA biasanya memberi kesan kepada lutut, pinggul dan tulang belakang, menyebabkan kesakitan pada sendi, mudah terasa sakit dan mengehadkan pergerakan. OA berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus sehingga menyebabkan kesakitan sendi, bengkak serta kecacatan.

"Pesakit mungkin mengesan penyakit itu apabila menyedari tanda seperti kekejangan pada waktu pagi, sendi sedikit membengkak dan sakit merangkumi setiap sendi termasuk leher dan belakang. Bagaimanapun, kebanyakan pesakit datang berjumpa doktor apabila tidak lagi dapat menahan kesakitan. Apa yang dibimbangi, jika keadaan bertambah teruk OA boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan dan hilang upaya," katanya ketika memberi ceramah mengenai fakta dan kesan OA pada majlis pelancaran program Activ8, Panadol Extend di ibu negara, baru-baru ini.

Program Activ8 adalah adalah satu program lapan langkah khas mengenai cara menguruskan kesakitan dan terus hidup aktif walaupun menghidapi OA. Program itu dianjurkan oleh Panadol Extend bersama Yayasan Artritis Malaysia dan Persatuan Fisioterapi Malaysia. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tengku Puan Laksamana Perlis, Datuk Paduka Datin Seri Sharifah Hismah Shahabudin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 80 peratus daripada pesakit OA mengalami pergerakan terbatas, dan 25 peratus di antara mereka tidak boleh melakukan aktiviti harian yang penting. Keadaan sebegitu kebanyakannya menjejaskan golongan tua, individu yang pernah mengalami kecederaan sendi yang traumatik, golongan obes serta golongan tidak aktif.
Dr Muhaini berkata, di Malaysia, kajian menunjukkan bahawa 30 peratus daripada mereka yang berumur melebihi 65 tahun menghidap OA dan lazimnya berlaku pada lutut.

"Sehingga kini, tiada penyembuh untuk OA, tetapi diagnosis awal amat penting untuk mengelakkan kemerosotan. Ini merangkumi, cara untuk menguruskan kesakitan dan memperbaiki fungsi sendi. Antara kaedah terbaik ialah melakukan senaman yang memberi banyak kebaikan dan membuatkan penghidap OA lebih positif dalam kehidupan.

"Jadi, jika anda penghidap OA adalah baik anda menggerakkan tubuh, tetapi janganlah terlalu banyak. Selain itu, senaman turut membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fleksibiliti di samping memperbaiki jantung dan peredaran darah. Secara umum, pergerakan fizikal dapat membantu mengekalkan berat badan dan menggalakkan kecergasan fizikal," katanya.

Perunding Kanan dalam Ubat-ubatan Utama di Universiti Malaya, Prof Datin Dr Chia Yook Chin yang membincangkan peranan paracetamol pula berkata, kajian yang dibuat mendapati, rasa sakit adalah lazim dialami penghidap OA sama ada yang tinggal di kawasan bandar atau sebaliknya, dan juga tidak mengira mana-mana gender.

Dr Chia berkata, kajian turut menyatakan dua pertiga penghidap OA menggunakan atau mengambil ubat bagi mengatasi rasa kesakitan dialami. Selain ubat mengawal kesakitan, individu juga mengamal senaman bagi mengurangkan sakit.

Justeru, katanya, adalah mustahak untuk memastikan individu selalu aktif. Senaman juga berfungsi dalam menguatkan sendi dan menambah daya mobiliti. Jika perlu, pertimbangkan pengambilan paracetamol dengan formulasi kelegaan berpanjangan yang memberikan kesan yang cepat dalam melegakan kesakitan.

"Kebanyakan pesakit OA adalah golongan tua dan ramai antara mereka juga menghidap penyakit sampingan yang menyebabkan mereka mengambil pelbagai jenis ubat. Oleh itu, pemilihan ubat tahan sakit yang betul adalah penting sekali. Panduan daripada organisasi terkemuka mengesyorkan ubat tahan sakit yang asas seperti paracetamol sebagai ubat pilihan utama," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK), Vong Yuit Meng, berkata menyedari kepentingan pengurusan kesakitan serta keberkesanan senaman, program Activ8 diperkenalkan dan dilancarkan.

Katanya, melalui program Activ8, Panadol Extend membantu pesakit OA menghadapi kehidupan yang lebih positif, serta mampu berhadapan dengan pengurusan OA secara keseluruhan. Program itu adalah unik kerana dapat membantu pesakit ketika bersenam dan mengekalkan sendi sihat dan ia boleh didapati dalam bentuk risalah serta CD secara percuma dari pengamal perubatan.

INFO

Mengenai osteoatritis

* Terdapat lebih 100 jenis artritis tetapi osteoartritis adalah yang paling kerap dialami oleh warga tua.

* Di Malaysia saja, dijangkakan terdapat lebih daripada 1 juta pesakit osteoartritis dan jumlah ini semakin bertambah dari tahun ke tahun.

* Lebih daripada 30 peratus warga emas yang berusia 65 tahun ke atas menghidap osteoartritis yang memerlukan rawatan.

* Sebelum usia 45 tahun, lelaki lebih mudah mendapat osteoartritis manakala wanita pula lebih terdedah kepada penyakit ini setelah usia mereka melebihi 55 tahun.

* Pada usia melebih 55 tahun, wanita didapati berisiko dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi mudah mendapat osteoartritis berbanding lelaki.

TIP

Kuasa senaman

Untuk melakukan senaman anda perlu:

* Dapatkan nasihat doktor atau fisioterapi bagi pelan senaman yang sesuai.
* Pilih jenis senaman yang anda sendiri seronok melakukan.
* Lakukan pemanasan badan dan regangan otot sebelum senaman dan redakan selepas senaman.
* Mulakan secara perlahan dan secara beransur-ansur tingkatkan gerakan.
* Apabila rasa sakit, berhenti jika anda perlu berbuat demikian.

Perhatian:

* Jangan lakukan senaman berlebih-lebihan - jika sendi masih sakit 2 jam selepas senama, bermakna anda melakukannya keterlaluan.
* Jangan senaman jika sendi berasa lebih sakit daripada biasa.
* Jangan menyambung melakukan senaman yang menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa.

2 comments:

Anonymous said...

[url=http://community.bsu.edu/members/buy+online+Viagra.aspx]Viagra no prescription worldwide[/url]

[url=http://eterporno.ru/volgogradskie-znakomstva.php]волгоградские знакомства[/url]
[url=http://eterporno.ru/seks-znakomstva-chernigov.php]секс знакомства чернигов[/url]

[url=http://pc.eterporno.ru/znakomstvo-biseksualov.php]знакомство бисексуалов[/url]
[url=http://pc.eterporno.ru/eroticheskie-rasskazy-intim.php]эротические рассказы интим[/url]

[url=http://pv.eterporno.ru/dagestanskie-shluhi.php]дагестанские шлюхи[/url]
[url=http://pv.eterporno.ru/melkie-blyadi.php]мелкие бляди[/url]
[url=http://pv.eterporno.ru/orenburg-intim-uslugi-seks.php]оренбург интим услуги секс[/url]

[url=http://px.eterporno.ru/prostitutki-moskvy-deshovye-vyezd.php]проститутки москвы дешовые выезд[/url]
[url=http://px.eterporno.ru/intim-znakomstva-novgorod-novost.php]интим знакомства новгород новость[/url]

[url=http://pz.eterporno.ru/mama-doch-prostitutki.php]мама дочь проститутки[/url]
[url=http://pz.eterporno.ru/gde-poznakomitsya-s-geem.php]где познакомиться с геем[/url]

Anonymous said...

desert school auto loans assembly line for ford cars car honda international program promotion chevrolet tahoe 1997 dual interface smart card