1 CUACA panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
2 Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
* Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
* Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
* Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
* Penghidap penyakit sistem pernafasan.
* Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
3 Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.
Gejala cuaca panas melampau adalah:
* Sakit kepala
* Keletihan
* Lemah tumpuan
* Pening
* Lemah otot-otot atau kekejangan
* Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
ANDA PERLU:
* Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
* Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
* Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
* Hadkan aktiviti luar
* Kerap berehat
* Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
* Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
* Pakai topi atau payung yang besar
ELAKKAN:
* Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
* Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
* Bersenam dalam cuaca panas Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
* Keluar dari kawasan yang panas
* Tanggalkan pakaian yang ketat
* Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
* Gunakan kipas untuk sejukkan badan
* Minum air setiap 15 minit
* Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Sumber: Harian Metro - 1Klassifieds
No comments:
Post a Comment