HAK milik harta atau kuasa terhadap harta perlu disusun dengan baik sebelum anda meninggal dunia. Kadangkala usaha ini akan bertentangan dengan halangan psikologi kerana seolah-olah merancang pengurusan harta pusaka akan mengundang kedatangan maut dengan lebih cepat. Fahaman seperti ini patut dihindari.
Masalah utama akibat daripada sikap menangguhkan membuat perancangan harta pusaka ialah ajal tidak berbau. Takut-takut anda meninggal dunia sebelum sempat menyusun perancangan harta dengan kemas. Ini akan mengundang pelbagai masalah. Harta anda kemungkinan besar akan dibekukan, yakni tidak dapat dimanfaatkan oleh ahli keluarga, isteri ataupun anak-anak anda.
Sekiranya anda meninggal dunia tanpa mempunyai wasiat yang sah, satu proses perundangan yang boleh mengambil masa yang agak panjang terpaksa dilalui sebelum harta berkenaan dapat diagihkan atau dimanfaatkan oleh waris anda. Keadaan akan menjadi bertambah rumit sekiranya berlaku perbalahan antara ahli-ahli waris yang merasakan hak mereka tidak diambil kira dengan adil.
HIBAH, WAKAF DAN AKAUN AMANAH
Bagi penganut agama Islam, semasa masih hidup anda boleh membuat keputusan untuk terus mengagihkan harta anda dalam bentuk hibah (hadiah), wakaf ataupun menubuhkan dana khas dengan memindahkan sebahagian atau keseluruhan harta anda ke dalam akaun amanah yang akan dipegang oleh pemegang amanah yang anda lantik.
- Hibah: Hadiah, iaitu pemberian hak milik anda secara sukarela kepada sesiapa yang pada hemat anda patut menerima hibah tersebut. Penerima hibah boleh terdiri daripada isteri, suami, anak-anak, ahli keluarga yang lain dan yang bukan tergolong dalam ahli waris anda. Sekiranya hak milik harta telah berpindah kepada penerima hibah dan jika penerima hibah meninggal dunia, harta yang dihibah akan menjadi harta pusaka penerima hibah tersebut. Anda boleh melantik pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad bagi kes penerima hibah yang masih bawah umur ataupun terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu oleh penerima hibah tersebut.
- Wakaf: pemindahan hak milik harta anda kepada sesuatu badan ataupun institusi dengan tujuan khusus ataupun umum yang melewati kepentingan ahli-ahli waris anda untuk mencakupi kepentingan masyarakat umum. Wakaf adalah amal jariah yang berterusan dan biasanya melibatkan "harta tak alih" seperti hartanah.
- Akaun amanah: Dana ini ialah harta anda dalam bentuk harta alih, seperti wang tunai dan saham serta harta tak alih seperti hartanah. Dana ini akan dipegang dan diuruskan oleh pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad. Tujuan akaun amanah ialah memelihara kepentingan benefisiari apabila anda meninggal dunia. Biasanya benefisiari (penama yang mendapat manfaat) ini seperti isteri atau suami dan anak-anak. Harta yang telah dimasukkan ke dalam akaun amanah bukan harta pusaka. Maka agihannya boleh disegerakan apabila anda meninggal dunia.
Surat wasiat
Walau apapun usaha semasa hayat anda menguruskan harta pusaka, janganlah anda lupa untuk menyediakan surat wasiat. Dokumen penting ini harus mengandungi perkaraperkara seperti berikut:-
a) Pelantikan wasi - iaitu orang ataupun badan yang akan menguruskan agihan harta pusaka anda.
b) Senarai hutang - hutang perlu dijelaskan sebaikbaiknya semasa hayat masih ada dan menjadi keutamaan selepas anda meninggal dunia. Malah penyusunan pembayaran hutang perlu didahulukan sebelum agihan harta pusaka.
c) Senarai harta - harta sepencarian perlu ada senarai yang khusus. Senarai khusus ini akan memelihara hak suami atau isteri yang masih hidup.
d) Sedekah jariah dan wakaf yang tidak melebihi setengah harta anda, boleh diperuntukkan kepada orang yang bukan waris. Maklumkan juga senarai harta yang telah dipindahkan hak miliknya semasa hayat anda yang tidak termasuk dalam kategori harta pusaka dan tidak boleh diagihkan mengikut Hukum Faraid.
e) Hukum Faraid - cadangan pembahagian mengikut Hukum Faraid. Dalam Islam, ahli waris ditentukan seperti berikut:-
i) Suami atau isteri;
ii) Ayah, ibu, datuk, nenek dan seterusnya;
iii) Anak, cucu dan seterusnya;
iv) Adik beradik dan zuriatnya;
v) Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya.
Terdapat cara pengiraan yang terperinci untuk menentukan jumlah agihan yang berhak diterima oleh seseorang waris. Peranan wasi sebagai pentadbir harta pusaka penting agar agihan dapat disempurnakan dengan adil dan cepat.
Pengurusan harta pusaka tertakluk kepada dasar keadilan, kasih sayang, perkongsian, pertolongan dan timbang rasa. Maka memelihara hak ahli-ahli waris sepatutnya menjadi pertimbangan utama apabila mengurus agihan harta semasa hayat atau selepas anda meninggal dunia.
Sumber: Panduan Kewangan Peribadi dan Keluarga "Cukup Wang Hati Tenang untuk Semua" oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.

No comments:
Post a Comment