Monday, July 15, 2013

Tip Mengurus Perbelanjaan di musim perayaan


1. UBAH GAYA HIDUP

- Beli barangan keperluan dan bukan kehendak

- Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi mengelakkan hutang tertunggak

- Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan

- Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran

2. MEMBUAT BAJET YANG REALISTIK

- Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.

- Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan

- Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan.

- Belanja ke atas barangan keperluan dahulu

3. BERBELANJALAH SECARA BIJAK

- Semak senarai harga barangan

- Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impluse purchase)

- Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barangan yang disenaraikan

- Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga

- Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok sekiranya perbelanjaan di buat lebih awal dari tarikh berhampiran dengan perayaan.

- Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan akan datang dengan lebih teliti, jika terlebih berbelanja, berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan.

Mengapa kita mudah terjerat dengan keadaan berbelanja melebihi kemampuan?

- Kegagalan kita mengawal nafsu berbelanja, mudah terikut-ikut atau terpengaruh dengan promosi dan potongan harga istimewa yang ditawarkan sepanjang tempoh musim perayaan

- Menggunakan pendapatan masa depan untuk membeli kehendak semasa. Guna skim bayaran ansuran seperti didalam skim flexi kad kredit.

- Pelbagai pinjaman peribadi ditawarkan sempena musim perayaan. Pengguna mengambil kesempatan ini untuk kegunaan yang tidak produktif.

Sumber : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

No comments: