Monday, July 22, 2013

Cantiklah berambut panjang!

RAMBUT adalah mahkota baik bagi lelaki atau wanita. Perempuan berambut panjang kelihatan ayu, manakala lelaki berambut panjang pula seksi. Ada beberapa kelebihan dikenal pasti bagi sesiapa berambut panjang. Dan disebabkan kelebihan ini jugalah membuatkan mereka mempertahankan rambut dengan tidak memotong pendek.



UBAH GAYA IKUT SELERA

Dengan mempunyai rambut panjang, Anda boleh membuat orang lain cemburu selain terpukau dengan pelbagai gaya rambut. Anda boleh mengikat rambut gaya `pony tail' pada Isnin, buat anyaman tocang pada Selasa ataupun biarkan mengurai bergulung di hari berikutnya.

PAMERKAN KEINDAHAN RAMBUT MENGURAI

Rambut panjang lebih mudah dipamerkan keindahannya. Sama ada rambut semula jadi bergulung atau lurus, tetap nampak asli. Untuk rambut berwarna juga kelihatan lebih jelas berbanding mereka berambut pendek.

POTONG SUKA HATI

Jika anda ingin mengubah gaya rambut, boleh memotongnya sesuka hati. Sama ada `trim' di hujung, buat `layer' atau potong pendek, ikut kemahuan sendiri. Berbeza dengan mereka berambut pendek, tak boleh potong sesuka hati, janji gondol dan aneh kerana terlalu pendek.

BEBAS EKSPERIMEN

Jika rambut melepasi paras bahu boleh dianggap bonus untuk anda kerana boleh melakukan apa saja eksperimen dengan pelbagai gaya rambut baru. Kelebihannya, anda dapat melakukannya gaya rambut terkini tanpa harus menunggu rambut tumbuh lebih panjang terlebih dulu.

PAKEJ MENGGODA

Ini bukan rekaan, tapi fakta! Dikatakan lelaki akan lebih mudah tergoda dengan perempuan berambut panjang.

Jika dibiarkan jatuh bebas di bahu lebih mendamaikan mata untuk melihat. Selain dipandang manis untuk si gadis, ia juga buatkan si jejaka nampak `macho'. Tapi pastikan rambut tidak mengurai dan kering mengerbang seperti hantu. Nanti lain jadinya!

No comments: