SAYUR-SAYURAN merupakan sebahagian daripada jenis makanan yang perlu diambil bagi mendapatkan diet yang serimbang. Ini kerana ia mengandungi sumber yang kaya yang vitamin dan zat-zat galian.
Bagi memastikan sayur-sayuran yang dimakan berada dalam keadaan yang baik dan mengandungi zat-zat makanan, ia perlu diproses secara yang betul sama ada ketika mencuci, menyediakan dan memasaknya.
- Apabila membeli sayur-sayuran, pilih yang masih segar, berwarna terang dan bentuknya elok.
- Pastikan segala bahan kimia dan kekotoran yang mungkin melekat padanya dibersihkan.
- Jangan rendam sayur-sayuran itu terlalu lama dalam air garam sebelum dimasak kerana ia boleh menyebabkan zat di dalamnya hilang.
- Potong sayur-sayuran hanya ketika hendak dimakan atau dimasak. Kebanyakan sayursayuran akan kehilangan vitamin c apabila terdedah dengan udara dan kepanasan.
- Simpan sayur-sayuran di tempat yang sejuk dan gelap untuk menghalangnya daripada kehilangan vitamin.
- Jika ingin menyimpan sayursayuran di dalam peti sejuk, ia hendaklah dalam keadaan segar.
- Simpan dalam bekas tertutup yang terletak di bahagian bawah peti sejuk. Sayur-sayuran berdaun hijau hendaklah dimasukkan ke dalam plastik yang berlubang.
- Sekiranya ingin menyimpan sayur-sayuran jenis berubi, simpan di tempat yang kering dan dingin. Jangan diletakkan di atas lantai, terutamanya lantai simen.
- Masaklah sayur-sayuran secara kukus kerana ia dapat mencegah kehilangan vitamin B dan C.
- Jika sayur-sayuran perlu dimasak dengan berkuah, gunakan kuah secara mininum. Biarkan air atau kuah mendidih terlebih dahulu sebelum dimasukkan sayur.
- Jangan menggunakan bahan penaik (soda bikarbonat) untuk membuat kuah sayur-sayuran kerana ia boleh merosakkan vitamin C.
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment