Friday, September 26, 2014

Panduan untuk menjaga mata supaya tidak mudah letih


* Pastikan lampu yang digunakan untuk membaca tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Jika terlalu terang, kita akan menjadi silau dan ini memudahkan mata menjadi penat. Jika terlalu malap pula, kita berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk membaca. Justeru, pastikan lampu yang dipasang benar-benar sesuai untuk menjamin keselesaan membaca.

* Apabila hendak membaca, pastikan tempat dan cara duduk benar-benar selesa serta sesuai. Pastikan juga sinaran lampu melantun ke dinding dan persekitaran.

* Sebaik-baiknya gunakan cermin mata ketika membaca, terutama mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

* Berehat apabila sudah penat, sama ada membaca, menulis, menjahit, menaip dan menggunakan komputer. Sebaik-baiknya, selepas melakukan aktiviti itu selama sejam, berehat seketika, sama ada menutup mata, berjalan atau membuat panggilan telefon.

* Cuci mata dengan air bercampur garam. Ambil setengah sudu teh garam dan campurkan dengan air suam. Rendamkan kapas ke dalam kandungan air tadi, tutup mata dan tempelkan kapas itu pada mata untuk kira-kira 10 minit.

* Lekapkan tuala yang dibasahkan dengan air sejuk ke muka. Keadaan ini boleh menyejukkan mata dan muka.

* Gunakan ubat titis mata. Bagaimanapun, pilih ubat titis mata yang disyorkan dan gunakannya mengikut nasihat pakar mata.

* Pastikan persekitaran dalam dan luar rumah sentiasa bersih. Jauhi mereka yang merokok kerana asap rokok boleh menyakitkan mata.

No comments: