My Followers

Adab membaca al-Quran


MEMBACA al-Quran adalah ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut diberi pahala serta menimbulkan kesedaran batin dan kebersihan rohani. Rasulullah s.a.w menekankan kepada sahabat supaya meluangkan seberapa masa membaca al-Quran, secepat-cepatnya dikhatamkan dalam masa tiga hari dan selewat-lewatnya jangan lebih dari sebulan.

Paling baik, al-Quran dihabiskan membacanya dalam tempoh seminggu. Surah seperti Yaasin, al-Dukhan, al-Waqiah dan al-Mulk digalakkan membacanya setiap hari.

Bagaimana pun antara adab dan sunat membaca al-Quran adalah:

* Disunatkan berwuduk, memakai pakaian bersih dan berada di tempat bersih.

* Sunat duduk menghadap kiblat, membaca dengan khusyuk dan tenang serta menundukkan kepala.

* Bersugi terlebih dahulu.

* Mulakan dengan Bismillah pada setiap surah kecuali surah Baraah.

* Baca dengan penuh perhatian, keyakinan dan faham akan maksudnya.

* Memerdukan suara.

* Baca dengan tafkim.

* Baca berlagu (ada intonasi tinggi rendah) mengikut kesesuaiannya.

* Membaca di mushaf (melihat al-Quran) lebih afdal dari hafalan.

* Apabila terlupa atau tersilap hendaklah dibaca ayat sebelumnya.

* Makruh memutuskan bacaan al-Quran dengan percakapan manusia.

* Sebaik-baik bacaan adalah mengikut susunan atau tertib dalam mashaf.

* Tepati sebutan setiap huruf, mengikut penentuan yang ditentukan oleh setiap wajah bacaan. Maksudnya jika anda kurang pasti, belajarlah daripada guru yang arif.

* Sunat mendengar bacaan al-Quran.

Sumber: Harian Metro - Fri, Jul 27, 2001
Post a Comment