Tuesday, February 4, 2014

Baik buruk ais


RISIKO minum minuman sejak lepas makan. Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda.

* Air sejuk dihasilkan dengan campuran ais batu akan membekukan bahan berminyak yang baru saja diambil semasa makan. Pembekuan ini secara tak langsung akan melemahkan penghadaman.

* Apabila minyak ini bertindak balas dengan asid, ia menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding makanan pejal yang lain.

* Minyak yang diserap ini memenuhi usus kita dan lambat-laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan. Teorinya, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

KELEBIHAN AIS

* Air sejuk dapat menolong pesakit insomnia iaitu sukar tidur supaya dapat kembali tidur seperti biasa.

* Orang yang tidur dalam udara sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

* Udara panas memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini berbanding persekitaran udara sejuk.

* Air kelapa muda bersifat sejuk dan baik untuk kesihatan kerana ia berkesan `meneutralkan' kesan keracunan dan asid berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan bersifat sejuk.

* Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

* Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Wallahualam!

Sumber: Harian Metro - Variasi - Oleh Ruhaiza Rusmin

No comments: