My Followers

Bagaimana merancang percutian?


* Kajian - lakukan di dalam talian dan bincangkan bersama pengembara yang lain. Jika mahukan maklumat terperinci, layari laman web bergambar bersama jurnal dan video mengenai pengalaman dikongsi individu lain mengenai tempat yang ingin anda tuju.  

* Perancangan - tentukan hari/waktu bertolak dan pulang. Tulis! Tentukan juga lokasi-lokasi yang ingin dilawati nanti.

 * Bersedia - sediakan Pelan A dan Pelan B menunjukkan anda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ia bakal menentukan kelancaran percutian tidak kira dari segi aktiviti atau pelan keselamatan.

 * Binatang peliharaan - ketika musim cuti sekolah, ramai pemilik bakal meninggalkan haiwan peliharaan di pusat penjagaan haiwan berbayar. Jadi, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal mengganggu percutian, pastikan tempahan dibuat lebih awal.

 * Hiburan/keselesaan - jika percutian bersama ahli keluarga atau bersama rakan taulan membabitkan perjalanan jauh, bawa bersama gajet, permainan dan alatan yang dirasakan perlu.

 * Kos percutian - ramai hanya mengira kos membabitkan angka besar seperti penginapan, tiket penerbangan tapi lupa memasukkan peruntukan untuk makan, minyak dan aktiviti dalam keseluruhan perbelanjaan. Jadi, apa kata untuk kali ini dikira keseluruhan kos supaya pada masa depan anda akan lebih teliti merancang termasuk mendapatkan kupon tawaran harga bagi menikmati percutian terbaik pada harga rendah .

 Sumber: Berita Harian - Inspirasi - Oleh Siti Nur Almizan Aripin
Post a Comment